Thursday, October 8, 2015

Petua : Untuk merawat masalah selsema, batuk dan sakit tekak.

Atasi selsema, batuk dan sakit tekak. Sejak pencemaran jerebu melanda negara kita, makin ramai pula yang mengalami masalah selsema, batuk dan sakit tekak. Termasuklah teman nie. Dalam entry hari nie, teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah selsema, batuk dan sakit tekak.

Atasi masalah selsema, batuk dan sakit tekak
Gambar ehsan Google.

Untuk petua ini, bahan yang di perlukan ialah madu lebah dan halia. Caranya begini, halia ini hendaklah di kisar untuk mendapatkan jus sekurang-kurangnya sebanyak 2 sudu teh. Air halia ini kemudiannya di campurkan pula dengan dua sudu teh madu. Sebolehnya gunakan sudu yang dibuat dari tembikar atau plastik untuk mengambil madu nie. Campuran ini kemudian di kacau sehingga sebati dan minum. Sebaik-baiknya amalkan pengambilan ramuan ini tiga kali sehari.

Ramuan ini bukan sahaja dapat melegakan batuk, selsema dan sakit tekak, malah dapat melegakan tekak dari ledir kahak.

Selamat mencuba.

Wednesday, October 7, 2015

Wordless : Apa nama jambatan nie?

Hampir sebulan tak dapat tengok keindahan di langit. Penuh dengan jerebu. Bila tersangkut dalam traffic jem, boleh la ambik gambar macam nie...

Jambatan di Selangor

Thursday, October 1, 2015

Petua : Untuk melembutkan daging

Petua untuk melembutkan daging. Ini adalah petua supaya daging yang dimasak cepat empuk. Sebelum nie teman ada juga kongsikan beberapa petua untuk memasak daging supaya cepat empuk. Kalau kome nak baca petua tu, klik link di bawah nie.


Gambar ehsan Google.


Kali ini, petua untuk melembutkan daging dengan mengunakan daun pandan. Caranya mudah saja, masa masak tu, campur saja dengan daun pandan. Kemudian masak seperti biasa.


Gambar ehsan Google.

Dengan mencampur daun pandan juga dapat mengelakkan makanan dari cepat basi.

Selamat mencuba.