Tuesday, July 5, 2011

Petua - Untuk merawat keputihan


Masalah keputihan. Wanita yang mengalami masalah keputihan boleh cuba merawatnya  dengan petua tradisional ini. Ambil pegaga dengan akarnya sekali lalu direbus. Masukkan sedikit garam, setelah mendidih, tapis dan minum airnya dua kali sehari. Lakukan sehingga keputihan sembuh.

Masalah keputihan

Petua tangani masalah STRESS



Tangani Stress

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan




Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Petua - Untuk Wajah Lebih Tegang Dan Halus

Untuk mendapatkan kulit yang halus, licin dan tegang amalkan masker mudah berikut. Ambil putih telur dan buah tomato yang dihiris halus. Gaulkan sehingga sebati lalu tempelkan pada muka dan gunakan sebagai lulur badan. Amalkan 3 kali seminggu. Selamat mencuba…