Monday, October 29, 2018

5 cara selamat untuk kekal kuat di ranjang

Perkongsian khas untuk kekal kuat di ranjang. Entry nie khas untuk pasangan sah yang telah bernikah saja. Entry nie memang menjadi suatu yang penting buat insan bergelar lelaki. Kepuasan kepada pasangan dan sentiasa bertenaga untuk seks melambangkan keperkasaan seseorang lelaki. Sebab itu, ramai yang sanggup membuat apa saja termasuk mengamalkan ubat-ubatan "kuat" untuk merealisasikan perkara ini.

Namun untuk memastikan prestasi seks suami kekal hebat tidak semestinya mengunakan ubat-ubatan saja. Ada cara lain yang lebih selamat dan semula jadi malah dilihat berkesan. Tentu kome nak tau macam mana... Jom baca sampai habis info yang teman kongsikan disini.

Senaman

Gambar ehsan Google.


Jaga permakanan
Darah dan hormon berfungsi mentafsir nutrisi yang bermanfaat bagi bagi tubuh. Nutrisi yang bagus merupakan kunci untuk mendapatkan seks berlipat kali ganda. Karbohidrat adalah nutrisi yang baik untuk menghasilkan energy yang diperlukan bagi aktiviti seks. Nasi, pasta dan roti merupakan sumber karbohidrat penuh yang boleh dijadikan makanan utama. Selain itu, anda juga perlu mengambil zat besi setiap hari yang merupakan bahan penting dalam testosteron cairan air mani dan sperma. Ia juga boleh didapati daripada makanan laut, kekacang atau pengambilan suplemen. Sebaiknya hindari dari makan berlebihan sebelum melakukan hubungan seks. Pastikan anda makan sejam sebelum melakukan hubungan seks supaya proses pencernaan berjalan dengan sempurna.

Awas ubat
Beberapa ubat-ubatan yang diambil untuk merawat masalah kesihatan tertentu boleh menyebabkan lelaki mengalami masalah ejakulasi pramatang. Contohnya, ubat untuk kemurungan. Jika anda mengalami gejala seperti ini maka bertemu doktor untuk penerangan lebih lanjut selain meminta alternatif ubat agar tidak memberi kesan sanpingan kepada daya tahan seks anda.

Elak kepenatan
Terlalu bersemangat untuk seks menyebabkan anda mengeluarkan banyak tenaga. Jika ingin ketahanan seks maka simpan energy anda itu. Kepenatan akan memberi kesan pada saraf hingga menyebabkan anda hanya ingin cepat selesai sewaktu hubungan intim.

Jangan gugup
Gugup, stress, marah akan menyebabkan tubuh menghasilkan hormon yang menghalang stimulasi pada otak. Individu yang gugup dan stress juga mengalami peningkatan kadar dengupan jantung dan aliran darah yang lebih pantas. Keadaan ini memberi kesan kepada enjakulasi apabila ia lebih cepat memberi respond pada rangsangan hingga mengakibatkan orgasma berlaku terlalu awal. Itulah sebabnya mereka yang gelisah dan mudah gugup sering mengalami masalah daya tahan seks.

Amalkan senaman
Amalkan senaman yang menumpukan bahagian perut, pinggang dan otot pelvis. Senaman ini dapat membantu untuk memperlahankan ereksi. Selain itu, senaman ini juga dapat membantu mendapatkan bentuk tubuh yang lebih baik sekali gus meningkatkan keyakinan diri sewaktu bersama pasangan.


3 comments :

  1. perkara ni penting juga utk hubungan suami-isteri yg harmonis..

    ReplyDelete
  2. haaa. tips yang bagus. stress tu yang paling penting. kena jaga sebab banyak aspek yang meliputi stress membuatkan kita boleh jadi bertindak diluar kawalan.

    ReplyDelete
  3. bla ckp psl ubat kuat, ntah kenapa sy rs ngeri... ngeri bkn sbb kesannya ketika hubungan intim tp kesan jangka ms pnjg...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...