Tuesday, December 12, 2017

Petanda jodoh

Macam mana kita nak tahu seseorang itu adalah jodoh kita? Jodoh adalah ketentuan dari Allah. Tetapi, bagaimana kita hendak tahu, si dia itu lah jodoh yang di takdirkan untuk kita. Dalam entry hari nie, teman hendak kongsikan serta sedikit tips untuk mereka yang masih solo dan berstatus solo and available. Allah mengurniakan kita telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakanlah sebaik-baiknya untuk merungkai rahsia cinta yang di takdirkan.

Dua insan yang berbeza personaliti, tetapi dijodohkan memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan dialah insan yang di takdirkan untuk bersama. Tapi, betul ke si dia nie untuk aku...

 
Nie teman kongsikan tipsnya;

BERSAHAJA. Kekasih anda tu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan, tidak di kawal atau kelihatan pelik? Kalau nampak dia kurang selesa dengan gayanya, sah si dia tu sedang berlakon. Tetapi, jika si dia tu tanpil bersahaja dia mungkin calon pasangan hidup yang sesuai.

SENANG BERSAMA. Walaupun selalu bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau perasaan tertekan pada diri anda. Anda sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan. Dia juga merasainya dan senang apabila bersama. Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaanya terasa sedikit kehilangan.

TERIMA DIRI INI SEADANYA. Apa pun kisah silam yang pernah dilakukan sebelum ini si dia tidak ambil peduli. Dia tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedekah menjadi pasangan hidup kita.

SENTIASA JUJUR. Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Ke juju ran bukan suami perkara yang boleh dilakonkan. Anda akan dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan akan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

PERCAYA MEMPERCAYAI. Setiap orang mempunyai rahsia mereka tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang di tanggung. Apabila anda mempunyai rahsia dan ingin berkongsi dengan kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa Selamat apabila memberi tahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan lain.

SENANG BERKERJASAMA. Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjalan dan kekal berpanjangan, kita perlu saling berkerjasama. Segala kerja yang yang dilakukan perlu ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Segalanya dapat dilakukan tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar untuk hidup bersama.

MEMAHAMI DIRI, FAHAMI DIRI PASANGAN. Semasa anda sakit, dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur. Apabila susah, dia menjadi pembantu. Dia selalu bersama dalam sebarang situasi, tidak kita ketika gembira atau berduka.

TAMPILKAN KELEMAHAN. Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak perlu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan kelemahannya.

KATA HATI. Dengar.ah kata hati. Kadang kala manusia dikurniakan tuhan deria ke enam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Deria batin ini juga membolehkan kita mengetahui perasaan masing-masing. Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain serta menduga reaksi pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...