Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya
diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda
Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca
tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah
kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud
seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita
akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya
yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak”
kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau
tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru
memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun
jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah
dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin
biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih
binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu
bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi
kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada
di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada
gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak,
gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan
kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan
perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca
sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu
lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga
perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman
Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan
kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada
kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh
berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya
Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka
kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita
akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya
mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk
jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk
jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat
kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan
dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat
kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini
sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman.
Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang
halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan
mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan
ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat
sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin
Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan
kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan
seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang
sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga
yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja
termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai
makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah
makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa
yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran
dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua
kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir
santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa
ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan
melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam
makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan
masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya
akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat
tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam
hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita
terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa
ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan
memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat
yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk
ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil
mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis
tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa
ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan
supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita
membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan
mengamalkannya, insya'Allah.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...