Tuesday, February 22, 2011

Bersantai di Restoran BASER

Tempat makan best di Puchong. Buat pertama kalinya ruangan "Jalan-Jalan Makan-Makan" atau singkatannya JJMM bersiaran di apakehei.blogspot.com

JJMM nie diambil sempena sebutan puteri ku yang selalu sebut perkataan ini semasa kami keluar berjalan kemana-mana sahaja... dan singgah di kedai untuk makan... disitulah munculnya perkataan JJMM nie... untuk n3 pertama JJMM nie... kita bersiaran di Restoran Baser. Specialty kat Restoran Baser nie adalah nasi briyani dan nasi ayam. Ada macam menu nasi briyani dan nasi ayam... menu lain pun ada juga... dan yang penting sekali rasanya memang sedap... 

Yang best sekali ada briyani rusa and briyani udang... pergggg.... memang tersandar laaa... bagi aku yang sukakan daging rusa... :d

Jadi tak usah lah hairan kalau aku dari Sungai Buluh pun boleh singgah kat restoran nie...






Pada sesiapa yang berminat nak mencuba... boleh la singgah di alamat di bawah ;

No.32, Jalan 5/1
Bandar Puteri Puchong
47100 Puchong

atau anda juga boleh melawat laman blognya di





nie antara theme wallnya... dihiasi dengan gambar-gambar menu signaturenya...






nie antara air kegemaranku bila berkunjung ke sini... sirap bandung special... :)






haaa nie pulak menu yang kami order hari nie... Nasi Ayam Black Paper...








Aku pulak order nasi goreng ayam.... :d next time JJMM bersiaran kat restoran Baser aku snap pulak nasi briyani rusa ye... :d






Ok, next time JJMM bersiaran kat tempat lain pulak ye... sambil-sambil promosi tempat-tempat makan yang menarik nie sekurang-kurangnya dapat lah jugak menyumbangkan untuk memajukan perniagaan orang-orang melayu kita... :d

Ok... jumpa lagi di n3 JJMM akan datang...

JJMM - (Jalan-jalan Makan-makan)

Jalan-jalan Makan-makan merupakan inisiatif teman untuk berkongsi informasi berkenaan tempat-tempat yang teman rasakan menarik untuk makan berserta tips untuk menfaat bersama disanping menjadi medium pengiklanan dan promosi kepada peniaga ini untuk menarik lebih banyak lagi pelanggan ke premis mereka. Pengunjung blog ini boleh mencari maklumat berkenaan di tag label JJMM.

JJMM nie diambil sempena sebutan puteri ku yang selalu sebut perkataan ini semasa kami keluar berjalan kemana-mana sahaja... dan singgah di kedai untuk makan... disitulah munculnya perkataan JJMM nie... 

Sama-sama la kita membantu saudara kita disanping mendidik mereka supaya mengutamakan pelanggan.

"Pelanggan Adalah Raja"

Wednesday, February 16, 2011

Unique Design

Reka Bentuk Unik





BAJU-T BERBAHASA UNIVERSAL
Hanya tunjuk ikon bila tidak pandai menggunakan bahasa asing ketika melancong





CAWAN CERDIK
Boleh letakkan sekali biskut. Tak perlu piring.
Direka juga untuk yang kidal.









BANTAL BAYI
Bentuk tangan akan melenakan si comel!







BEKAS PISANG
Mengelakkan pisang penyek
bila ingin membawanya sebagai bekal







JAM HARI
Tidak akan terlupa hari ini hari apa.







CAWAN BERKUNCI
Kalau takut hilang cawan, gunakan cawan ini.
Selepas digunakan, cabut aje kuncinya.
Tak ada siapa pun yang akan guna cawan berlubang.







DULANG UNIK
Gerenti dulang tak akan jatuh.
Kalau jatuh juga, itu tandanya tangan tak berbedung!







GUNTING LASER
Potongan akan lurus dengan panahan laser sebagai pembaris.







REMOTE GERGASI
Alat kawal jauh TV ini tak akan hilang lagi dicelah kusyen kerana kebesarannya.







PEMBAKAR ROTI TELUS
Roti tak akan renting dengan alat pembakar ini.







PEMOTONG MENTEGA
Jimat masa kerana sekali potong, mentega secukupnya akan tersedia.







PENYUKAT UNCANG TEH
Hanya perlu putar jam.
Bila sampai waktu, muncung burung akan terangkat.
Teh taklah pekat sangat.





SELIPAR BERLAMPU
Mudah ke tandas pada waktu malam yang gelap


Monday, February 14, 2011

Pesta Flora 2010

Ini adalah entry tertunda, berkenaan Pesta Flora 2010 yang diadakan di Putrajaya pada Julai 2010 lepas


Kunjungan ke pesta flora 2010 nie ada secara tidak sengaja... Kebetulannya, kami menghantar Farah untuk survey jalan ke Hospital Serdang untuk UKM On Job Training. So, bila dah dekat tu... dan hari pun masih awal... kami pun bergerak la ke Putrajaya dari Hospital Serdang... Tapi kunjungan kami nie bukan laa semasa hari pembukaan...


Saksikanlah sendiri... bagaimana suasana Pesta Flora 2010 kali ini yang dapat dikongsikan bersama...





Nie landskap dibahagian laur... Seronok je... bila diri dikelilingi dengan bunga-bungaan...


















menjengah pula ke bahagian dalam...














nie pulak hasil gabungan bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran






gabungan bahan terbuang untuk menghasilkan sesuatu yang unik...




































Puas berjalan kat bahagian dalam, kita pergi jelajah dibahagian botani di luar... Nampak macam berkabuskan... Sebenarnya tu semburan air... macam kabus...






Nie Bird of Paradise...








Nie sejenis pokok orkid... lupa la pulak namanya apa...




Nie pulak... Periuk Kera... Besar jugak la... mmm... bagus jugak ye kalau tanam kat halaman rumah aku... 



hehehehe... macam mana pulak wife ngan anak ku boleh berposing dalam gambar nie...








Nie pokok bongsai... pasti mahal harganya kan...






Nie pulak... gubahan 1Malaysia... sempat lagi aku berpossing kat sini...







Ok laa... setakat ini je entry Flora 2010 kali ini... Next time kita sambung lagi...



dan sebagai penutup entry... sayangi dan hargai laa alam flora ciptaan yang maha ESA...