Thursday, August 6, 2015

Petua : Untuk menyimpan buah pisang supaya tahan lebih lama

Petua untuk menyimpan buah pisang supaya tahan lebih lama. Anak teman suka sangat makan pisang. Beli seikat pisang, seminggu lebih baru habis. Maklumlah anak sorang. Nak beli pisang sikit-sikit, penjual tak nak jual. Paling kurang, mereka jual seikat pisang. Hari nie, teman nak kongsikan petua untuk menyimpan pisang supaya tahan lebih lama.

Sesikat pisang

Caranya mudah saja. Dari sesikat pisang tu, kome pisahkan dan potong bahagian yang menyambungkan buah pisang tu dan jadikan beberapa bahagian yang menyambungkan dua atau tiga biji pisang. Kemudian, balut bahagian tangkai pisang tu dengan plastik pembalut dan simpan di tempat kering dan sejuk. Macam gambar nie.

Buah pisang

Elakkan buah pisang ini disimpan bersama buah-buahan lain. Hasilnya, buah pisang ini akan tahan lebih lama tanpa lebam.

Simpan pisang supaya tahan lama

Selamat mencuba!

1 comment :

  1. pernah gak buat cenggitu pakai aluminium foil...memang seminggu je kalau tak dari batang pon boleh terkulai kering ehehehee

    jemput singgah : http://bitttravel.blogspot.com

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...