Thursday, May 28, 2015

Petua : Untuk menghaluskan kulit muka

Cara untuk menghaluskan kulit muka. Wajah adalah antara aset terpenting bagi setiap orang. Wajah yang kemas dan berseri menyerlahkan lagi penampilan seseorang itu. Dalam entry petua hari ini, teman hendak berkongsi petua penjagaan kulit dan menghaluskan kulit wajah. Mudah je nak amalkan petua nie. Bahan-bahannya mudah didapati di dapur.


Gambar ehsan Google.

Nie lah bahan-bahan yang diperlukan,

  1. Asam jawa
  2. Tepung ubi kayu

Caranya macam nie. Mula-mula bancuhkan sedikit asam dan sesudu tepung ubi kayu bersama air. Kacau sehingga menjadi larutan pekat. Kemudian, pupurkan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Jadikan petua ini amalan. Selamat mencuba ye.

2 comments :

  1. Petua telah disalin..
    Lepas ni boleh cuba.. ;)

    ReplyDelete
  2. first time pulak dengar petua yg ini. thanks for sharing :D

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...