Thursday, January 8, 2015

Petua : Untuk menghilangkan kesan parut jerawat dan bintik hitam di wajah

Macam mana nak hilangkan kesan parut jerawat dan bintik hitam di wajah? Kesan parut nie boleh terjadi apa bila tubuh mengalami kecederaan. Kesan parut juga boleh di sebabkan oleh perubahan hormon badan yang menyebabkan jerawat.

Kesan parut jerawat

Gambar ehsan Google.

Sebelum ini, teman ada kongsikan beberapa petua menghilang parut. Kome klik link dibawah untuk membacanya;


Dalam entry kali, teman kongsikan petua untuk menghilangkan parut jerawat dan bintik hitam dengan mengunakan kayu manis dan bedak sejuk.


Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja, ambil sebatang kayu manis dan tubuk sehingga halus. Kemudian, kayu manis yang telah di tumbuk halus ini dibancuh dengan sedikit air dan campurkan dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapukan rata pada bahagian yang berparut. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan, kesan parut ini akan hilang.

Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Jangan lupa tinggalkan komen kome tu bila dah cuba petua nie. Selamat mencuba!

2 comments :

  1. parut demam cacar tak leh hilang kan kalo gune petua ni, heeheee~

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...