Thursday, August 21, 2014

Petua : Untuk mengilatkan cermin atau kaca

Macam mana nak mengilatkan cermin? Trend sekarang nie ramai yang mengunakan cermin sebagai pelengkap hiasan dalaman rumah masing-masing. Pengunaan cermin pada dinding akan menampakkan ruang tersebut kelihatan luas di sanping pemilihan cat yang berwarna cerah. Cermin ini perlu penjagaan. Jika tidak ianya mudah kotor. Untuk memastikan cermin ini berkilat, kadang-kadang agak sukar juga jika tidak kena caranya. Petua ini untuk pilihan alternative saja.

Cermin dinding

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan petua macam mana nak mengilatkan cermin. First thing, dapatkan minuman "Sprite". Beli jer kat kedai tu. Masukkan air "Sprite" ini kedalam bekas penyembur dan spray je kat cermin tu.

Air sprite

Gambar ehsan Google.

Kemudian, dengan mengunakan kertas tisu tebal atau pun kain yang bersesuaian (tidak berbulu), gosokkan pada permukaan cermin itu. Selepas itu, bilas dengan air dan lap sehingga kering.

Ok, cermin kome tu sudah berkilat. Dalam entry yang lepas, teman ada juga kongsikan petua untuk mengilatkan cermin nie. Baca entry tu disini.

Selamat mencuba ye.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...