Thursday, March 7, 2013

Petua : Cuci barang kemas

Hari nie, teman kongsi petua menjaga barang kemas. Pasti ramai wanita mempunyai barang kemas. Barang kemas nie, kalau tidak dijaga dengan baik akan pudar warnanya. Untuk mengelak warnanya dari pudar, kita perlu lah menjaga dan membersihkannya.


Gambar ehsan blogger Andragogi08

Ada beberapa petua boleh diamalkan untuk menjaga barang-barang kemas nie. Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti dibawah :

  1. satu serbuk daun teh
  2. sedikit asam jawa

Cara-caranya seperti dibawah :
Masukkan serbuk teh ini ke dalam air panas dan kacau sehingga kuning. Sapukan dan kemudian tapis. Setelah itu masukkan barang kemas ke dalamnya dan biarkan semalaman.

Keesokkan barulah barang-barang itu direndam dengan air asam jawa. Biarkan selama emapat jam. Setelah itu basuh dengan air biasa. Keringkan dengan kain bersih. Nah, ia akan kelihatan seperti baru dan berseri-seri. Cubalah!

1 comment :

  1. assalamualaikum ... petua yang bagus . Boleh cuba lah ...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...