Tuesday, July 31, 2012

Air kaki bukit

Hari tu, teman ada buat entry nie... klik disini untuk membacanya.



Hari nie, teman terbaca di Harian Metro bertarikh 26 Julai, 2012. Isu yang sama juga, berkenaan air yang mengalir dari batang paip di jalan Batu Arang - Puncak Alam.





Hairan teman... mananya tak... Harian Metro seolah-olah mengalakkan orang ramai mengambil air nie pulak sedangkan pihak kerajaan telah pun meletakkan papan tanda larangan orang ramai mengunakan air ini kerana dikhuatiri tercemar.



Anda sendiri pun boleh lihatkan. Bukit tu, bukannya bukit macam mana sangat pun... tengok apa ada kat atas bukit tu. Banyak pokok kelapa sawitkan, dan kita sendiri pun tahu pengunaan racun dan baja kimia banyak digunakan di ladang-ladang kelapa sawit di Malaysia nie.

Apa pun, sama-samalah fikirkan. Kalau nak kepastian, bawak je sample air tu untuk dibuat ujian oleh pihak berwajib.

4 comments :

  1. walaupun dah ade papan amaran tapi org awam still gak tadah air kaki bukit tu, hehehe.. kalo lalu situ, mesti ade je org dok tadah air berbotol2...tak bahaya kot.. tapi saya rasa bahaya, hehehe~

    ReplyDelete
  2. nama pon malaysia. yang mana orang letak signboard jangan buat tulah, yang orang buat.hmmm

    ReplyDelete
  3. sekali air tu sebenarnya adalah air campuran baja untuk menyuburkan sawit2 dekat situ. haaaa, amekkkkk kaw! ;p

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...