Entry apakehei hari nie teman cuma nak share access ke Saujana Utama Sungai Buluh. Gambar kat bawah nie adalah aliran trafik di waktu pagi sekitar 6.50 - 8.00 pagi di hari berkerja. Untuk makluman access keluar dari Saujana Utama Sungai Buluh hanya ada dua, iaitu melalui jalan Kuala Selangor - Sungai Buluh atau jalan Batu Arang - Puncak Alam. Kedua-dua jalan ini amat sibuk diwaktu pagi, Kebiasaannya bagi pemandu kereta tempoh masa yang diambil adalah sekitar 15 minit sehingga 20 minit untuk mengharungi kesesakkan ini untuk ke jalan Kuala Selangor - Sungai Buluh. Jika lampu isyarat tidak berfungsi, keadaan ini mungkin akan bertambah buruk lagi.
Akan datang, pasti akan lebih sesak apabila fasa berikutnya siap diduduki dan sekolah dijalan keluar ini siap beroperasi. Sama-samalah kita tempuhi kesesakkan nie bersama...
Ini pula sewaktu balik dari kerja. Gambar di rakam dari arah Kepung - Kuala Selangor ke Saujana Utama Sungai Buluh. Begini lah kebiasaan lalu lintas ke Saujana Utama.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...