Thursday, December 1, 2011

Restoran Salero Negori

Tempat makan best di Petaling Jaya. Cita rasa makanan Negeri Sembilan. Untuk penduduk-penduduk negeri lain memang la sukar untuk menikmati makanan ala Negeri Sembilan nie. Kecuali lah kalau berkunjung ke Negeri Sembilan itu sendiri.




Tapi sekarang, tak perlu pergi jauh-jauh lagi. Restoran Salero Negori menyajikan hidangan berkonsepkan makanan Negeri Sembilan dan Padang. Restoran ini terletak di kawasan Taman Tun Dr Ismail, berhampiran dengan Lebuhraya Damansara Puchong. Untuk mereka yang tidak arif di kawasan ini, boleh ambil coordinate GPS di bawah sebagai panduan.

Koordinate GPS :
3 9 20N, 101 37 23E

Pemilik restoran memastikan sentiasa berkeadaan panas dan segar. Apa yang pasti makanan disini sedap-sedap belaka dan menyelerakan. Maaf, disini saya tidak dapat berkongsi tentang menu makanan yang terdapat sini. Maklum laa, apabila perut dah lapar, sampai lupa pulak nak bertanya nama masakkan yang ada.




Selain dari itu, restoran ini juga mempamerkan cirri-ciri tradisional dan antik. Anda boleh melihat susun atur dan hiasan dalamannya yang mempamerkan barangan antic seperti seterika tembaga, jam, alat muzik lama serta perhiasan tembaga. Restoran ini juga bersih persekitarannya dan anda boleh memilih sama ada menikmati makanan di kawasan berhawa dingin atau di kawasan terbuka.






Jenguk-jenguk laa ke restoran ini ye, sambil-sambil member sokongan kepada peniaga Bumiputra…

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...