Saturday, November 14, 2020

Kuliah : Sedekah membahagiakan

Untuk entry pagi ini, teman nak kongsikan kisah di bawah nie. Kebanyakkan kita tahu apa hikmah "Sedekah", betapa besar ganjarannya di akhirat nanti. Tapi, kebanyakkan dari kita takut atau berat hati untuk bersedekah. Teman panjangkan perkongsian di bawah ini semoga kita dapat pengajaran darinya.

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.


Gambar ehsan Google.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,

"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,

"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara:

"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"

Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,.. rasa tersentak, Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua...


Wednesday, November 11, 2020

Wordless : Smart Tunnel

Sejak PKPB di Wilayah Persekutuan nie, tak ada nampak traffic langsung. Bagus la rakyat Malaysia nie. Patuh pada arahan kerajaan. Macam nie la rakyat yang baik. Bukan senang nak ambil gambar kat Smart Tunnel nie kosong, tiada traffic... kikikiki...

Kome kalau nak tau pasal Smart Tunnel nie, boleh la klik kat sini ye... Kat Wikipedia semuanya ada...

Smart Tunnel




Wednesday, November 4, 2020

Wordless : RailBus

Sebelum wujudnya Komuter.. LRT semua, dulu inilah satu-satunya yang ada, RailBus (disebut relbas). First time teman naik railbus ni dari Kampar ke Slim River... Sewaktu form 4 untuk balik ke asrama. Memang nie kenangan yang tak boleh dilupakan sebab yang naik keretapi KTM memang ramai, tapi tak semua dapat merasa naik railbus. Tambahan pulak, waktu tu ramai kawan-kawan sekolah kat dalam RailBus tu. Macam-macam perangai ada. Maklum la, budak-budak baru nak UP... Kemo pernah naik RailBus tak?

RailBus


Rinduuuuuuu..... tauu...

Nie teman kongsikan sedikit fakta berkenaan perkhidmatan RailBus nie.


Info mengenai perkhidmatan RailBus

  • Perkhidmatan relbas telah dilaksanakan bagi enam laluan iaitu:
  • Kulai / Singapura / Kulai mulai 27hb Ogos, 1988,
  • Ipoh / Kuala Lumpur/Ipoh mulai 29hb September, 1988.
  • Ipoh / Butterworth/Ipoh mulai 26hb Oktober, 1988.
  • Gemas / Mentakab / Gemas mulai lOhb Disember, 1988.
  • Pelabuhan Klang / Kuala Lumpur/Sentul mulai 18hb April,1989.
  • Butterworth / Arau / Butterworth mulai 15hb Mei, 1989.

Sayang kan, perkhidmatan yang baik nie dah tak ada pulak sekarang nie...