Saturday, February 3, 2018

Kuliah : Dosa besar derhakai Ibu

Sayangilah ibubapa kita. Sekadar perkongsian untuk entry hari ini. Tahukah kamu, adalah berdosa besar jika kita menderhakai ibu kita.

Dosa Besar Derhakai Ibu

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

Dari Al Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup,  mempercayai setiap khabar yang tak tentu  sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)".

(HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih

Seorang ibu

Gambar ehsan Google.

Pengajaran:

Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:


  1. Mendurhakai ibu
  2. Menanam anak perempuan hidup-hidup
  3. Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward).
  4. Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba
  5. Boros terhadap harta (tidak berjimat).

Marilah kita menjadi Muslim yang Rahmah dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya sebelum mempercayai dan disebarkan, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.

#Sayangiibukita

Friday, February 2, 2018

Telur tegak berdiri dan gerhana bulan penuh (supermoon)

Tahun 2018 sekali lagi menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 31 January. Gerhana Bulan berlaku apabila jasad Bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi yang berada di angkasa lepas. Ia hanya boleh berlaku ketika Bulan berada di dalam Fasa Purnama (Bulan Penuh) sahaja. Ketika ini, Matahari, Bumi dan Bulan berada di dalam satu garisan lurus yang sempurna.


Telur tegak berdiri

Kredit to Sahabat Ku.

Pihak NASA mengklasifikasikan fenomena gerhana bulan kali ini sebagai supermoon, blue moon, dan gerhana bulan penuh. Pada waktu lintasan ini bulan berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi iaitu 358,994 km. Kali terakhir gerhana bulan berlaku seperti ini pada 2015.

Solat sunat gerhana bulan

Dalam pada orang dok sibuk-sibuk tengok gerhana bulan. Ada jugak kawan-kawan yang dok sibuk buat eksperimennya. Kawan-kawan teman sibuk dengan ekperimen dengan telur. kekekekekeke... depa dok buat ujian telur siapa boleh tegak...


Telur tegak berdiri

Nie je yang dapat di kongsikan semasa gerhana bulan semalam...

Gerhana bulan





Thursday, February 1, 2018

Petua : Untuk merawat masalah tonsil bengkak

Sakit anak tekak ataupun bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kira umur samada kanak-kanak ataupun yang dewasa. Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan hang nie kurang air, tue jadi bengkak tue”. Nak menunjukkan yang dalaman badan kita “panas” hingga tonsil boleh membengkak.

Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita. Bengkak tonsil boleh dikurangkan dengan aiskrim dan air garam. Tompokan putih menunjukan jangkitan kuman.


Gambar ehsan Google.

Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk “menapis” semua bakteria yang cuba masuk. Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus), dipanggil tonsillitis. Apabila ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ia boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau. Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.

Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang. Jom teman  kongsikan disini cara yang mudah, senang dan murah untuk hilangkan bengkak tonsil.

Ada 2 cara mudah untuk hilang bengkak tonsil:

1. Makan aiskrim vanilla
Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat kan. Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Hanya ais krim berperisa vanila saja tau. Elak mengambil aiskrim yang perisa chocolate ataupun strawberi ke.... Bengkak tonsil boleh dirawat dengan aiskrim vanila Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.

2. Berkumur dengan air garam
Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur kan. Bengkak tonsil boleh dirawat dengan air garam Jangan sampai tertelan pula ye. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.

Selamat mencuba yea.