Tuesday, March 3, 2015

CPUV : MATRADE Brand Awarenese Campaign

MATRADE Brand Awarenesess Campaign. Nie adalah CPUV pertama untuk bulan March 2015 nie dan CPUV ke 8 untuk 2015. Alhamdulillah, blog apakehei di beri 3 CPUV sekali gus menjadikan 9 CPUV sedang rancak menabung di Nuffnang.


MATRADE adalah singkatan kepada Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Seperti yang sedia maklum, MATRADE adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mempromosikan perdagangan dan perkhidmatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.


Gambar ehsan portal MATRADE.

Kome boleh klik disini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan MATRADE. Sehingga artikal ini di publish, teman tak nampak pun iklan berkenaan kempen MATRADE Brand Awareness nie. Apa pun, untuk Nuffnang terima kasih atas 3 CPUV nie.

Monday, March 2, 2015

10 individu terkaya di Malaysia

Di manakah orang melayu kita? Entry nie sekadar renungan kita bersama.


Gambar ehsan Harian Metro.

Sunday, March 1, 2015

Kuliah : 3 tips untuk mendapatkan anak yang comel

Setiap ibu yang bakal melahirkan anak inginkan anak yang dilahirkan sihat dan comel. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diambil berdasarkan petua serta amalan orang dulu-dulu mendapatkan anak yang comel.


Gambar ehsan Google.

1. Mengambil makanan yang berkhasiat

Terdapat beberapa petua yang mengatakan bahawa makanan adalah punca yang menentukan warna kulit anak yang dilahirkan. sebagai contoh, karot baik diamalkan kerana mengandungi vitamin A yang baik untuk memperbaiki penglihatan dan mencantikkan kulit.

Minum air soya kerana dikatakan kulit anak akan menjadi cerah (wallahu'alam). Selain itu, makanan-makanan seperti kurma, delima, kismis dan zaitun baik untuk kandungan dan juga ibu.

2. Jaga mulut dan kelakuan

Si ibu perlu mengawal emosi dan tingkahlaku semasa mengandung. Ada kalanya apa yang kita nampak dan sebut akan mempengaruhi anak yang dilahirkan nanti.

Maksudnya di sini ialah si ibu tidak boleh sewenang-wenangnya berkata-kata yang elok kepada orang lain malah kepada haiwan sekalipun. Si ibu tidak boleh sesekali memukul haiwan kerana dikhuatiri akan terkena 'kenan'.

Walaupun sukar untuk membuktikan kejadian ini, namun banyak kes yang dilaporkan mendapati kenan adalah berhubung kait dengan perkara yang tidak elok yang disebutkan dan dilakukan oleh si ibu semasa mengandung.

3. Amalkan membaca al-Quran

Membaca al-Quran bukan sahaja dapat menenangkan hati malah dengan alunan bacaan-bacaan tersebut, otak bayi akan dapat berhubung dengan baik semasa di dalam kandungan.

Perlu diingat bahawa bacaan al-Quran bukan hanya terhad semasa mengandung sahaja tetapi perlu diteruskan setelah bersalin nanti.

Beberapa surah-surah yang boleh diamalkan semasa mengandung adalah:

  • Surah Yusuf - untuk mendapatkan anak yang comel dan berakhlak mulia.
  • Surah Luqman – untuk mendapatkan anak yang cerdik.
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin.