Kebanyakan golongan remaja mahupun golongan dewasa mempunyai masalah jerawat. Jerawat adalah salah satu petunjuk bahawa seseorang itu telah pun mencapai usia dewasa. Bagaimana pun masalah jerawat ini berbeza dari seorang individu dengan individu yang lain. Dalam entri hari ini teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
Gambar ehsan Google.
Kedua kali ini menggunakan suka apple sebagai bahan utama. Selain untuk tujuan kesihatan suka apple juga baik untuk mencerahkan kulit. Salah satu cara untuk merawat kulit yang bermasalah dengan jerawat ialah dengan menggunakan cuka apple sebagai bilasan ketika membersihkan wajah. Ianya terbukti berkesan untuk menghilangkan pigmentasi. Untuk menggunakan cuka apple dalam kaedah merawat masalah jerawat, ikuti langkah di bawah:
- Campurkan suka apple dan air dalam jumlah yang sama.
- Gunakan campuran air dan juga cuka apple ini untuk membilas wajah dengan berkala.
- Kemudian bolehlah dikeringkan dengan mengunakan kain bersih.
Selamat mencuba...
alhamdulillah tak ada masalah jerawat :)
ReplyDeleteakk dulu mmg muka berminyak, berjerawat...mcm2 cuba..
ReplyDelete