Dalam entry hari ini teman akan kongsikan petua untuk menegangkan kulit wajah. Bukan sahaja wanita, tapi golongan lelaki juga boleh mencuba petua ini. Hanya mengunakan bahan alami yang tiada bahan kimia terlarang. Petua ini hendaklah dilakukan disebelah malam sebelum tidur.
Gambar ehsan Google.
Untuk membuat petua ini, dapatkan ramuan-ramuan ini.
- Satu atau dua biji (di ambil bahagian putih sahaja)
- Tepung sagu
- Timun yang telah di parut
Macam nie cara untuk membuat petua ini. Mula-mula, pukul putih telur itu sehingga kembang. Kemudian, di bancuh bersama sedikit tepung sagu dan di lumurkan pada keseluruhan bahagian muka seperti masker sebelum tidur. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas dengan air bersih dan kemudian lumur dengan timun yang telah di parut. Sebaik-baiknya, timun ini hendaklah di simpan di dalam peti sejuk sebelum di lumurkan pada muka. Biarkan selama satu jam, dan kemudian bilas dengan air bersih.
Lakukan petua ini selama seminggu dan lihat la hasilnya nanti.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...