Sunday, December 6, 2015

Kuliah : Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saujana Utama Sungai Buluh

Kuliyah Ustaz Azhar Idrus 

Masjid Bandar Saujana Utama Sungai Buloh Kitab Anak Kunci Syurga 
29 November, 2015

Ustaz Azhar Idrus


SEGALA RUKUN SEMBAHYANG 

➡Rukun solat mempunyai 13 rukun yang diambil oleh hadith hadith yang sohih dan tidak boleh ditinggalkan dan jika tiada 13 perkara ini maka tiada sah bagi solat seseorang itu. 

➡Rukun yang seterusnya ialah membaca Al Fatihah dan tiada solat seseorang itu jika tiada bacaan Al Fatihah dan haruslah sekurang kurang didengar oleh telinganya sendiri dan tidak sah jika hanya mengerakan bibirnya. Perkara pertama yang ditanya diakhirat nanti ialah solat bukan zikir atau sebagainya. Jika solat kita tidak sah maka amalan lain juga tidak diterima. 

➡4 perkara Rukun Qauli yang harus didengar apabila dibaca: 

1) Takbir 
2) Fatihah 
3) Tahiyat akhir 
4) Salam 

➡Orang yang bisu jika bertemu rukun Qauli wajib sekurang kurang mengerakan bibirnya. Orang yang sengaja tidak mengaji untuk dirinya untuk mengenal hukum halal haram maka dia adalah lebih bodoh daripada lembu yang paling bodoh kerana sengaja meletakan dirinya kedalam api. Lembu yang paling bodoh pun taknak masuk dalam api tapi kita bodoh daripada lembu kerana pilih nak masuk dalam api. 

➡8 huruf الله أكبر untuk takbir wajib didengar sekurang kurangnya telinga sendiri. Jika kurang satu daripada 8 huruf tadi maka tidak sah takbirnya dan tidak diterima solatnya kerana takbir adalah salah satu daripada rukun solat. 

➡Begitu juga dengan Al Fatihah ada 156 huruf wajib didengar sekurang kurang ditelinga sendiri dan wajib cukup 156 huruf. Jika kurang 1 huruf maka tidam sah fatihah dan apabila tidak sah fatihah maka tidak sah solat seseorang itu. 

➡Kenapa kita boleh tahu peraturan peraturan untuk bersukan tetapi kita tidak tahu peraturan hukum hakam untuk solat. 

➡Basmallah itu adalah sebahagian daripada Surah Al Fatihah dan belajar Surah Al Fatihah itu adalah Fardhu Ain. Jika Ibu Bapa ayah ada 12 orang anak, maka wajib 12 orang anak itu WAJIB kena tahu dan belajar suratul Fatihah jika separuh belajar dan separuh lagi tidak belajar, maka berdosa Ibu bapa dan anak anak yang separuh tadi sepanjang hayat kerana ia fardhu ain dan ia adalah salah satu rukun didalam solat. 

➡Surah Al Fatihah juga digelar surah jampi atau Ruqyah tapi kita ni jenis bodoh tak nak mengaji bila ada orang baca jampi kita hukum HARAM! Ini tidak benar. Jampi dibenarkan didalam islam asalkan tidak mengandungi ayat ayat yang syirik. 

➡Bacaan Al Fatihah harus lah dibaca dengan jelas dan betul. Bacaan yang berlagu sedap tidak dikira tapi orang kita hari ini nak sedap dulu tapi bacaan tidak betul. Nabi suruh betulkan bacaan dahulu baru kita hiaskan dengan lagu lenggok arab. 

➡Sunat kita baca surah Al Fatihah dengan bacaan 7 kali berhenti kecuali ayat yang ke 7. Boleh di berhenti dipertengahan ayat di صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ dan kemudian habiskan bacaan seterusnya. 


SOAL JAWAB AGAMA 

SOALAN: Apakah hukum basuh uri? 
UAI: Sunat kita basuh dan tanam. Jika kita ada darah contoh haid juga sunat tanam atau kita potong kuku juga sunat ditanam. 

SOALAN: Apa hukum tengok kemaluan haiwan? 
UAI: Takder kerja ke mende. Ulama menjelaskan dalam kitab yang muktabar ialah harus tapi nak dijadikan satu hobi memang a Xdop pekdoh. 

SOALAN: Apakah minta duit sponser untuk satu majlis? 
UAI: Hukum nya harus. Yang tidak boleh nya kita paksa. Jika paksa hukumnya Haram. 

SOALAN: Saya seorang pelukis yang menjual hasil lukisan saya, Baru ini saya dengar yang lukis benda hidup itu haram. Apakah yang harus saya buat? 
UAI: Ulama berbahas panjang tentang ini. Yang haram melukis berhala atau gambar lucah. Jika kita lukis benda bernyawa untuk tujuan pembelajaran maka ia diharuskan contoh jika kita lukis nyamuk untuk poster denggi atau sebagainya maka dibolehkan. Jika lukis saja saja berlaku khilaf. Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan tidak. Lukis yang tidak bernyawa adalah yang terbaik kerana keluar dari khilaf. Jika kita adalah seorang pelukis dan memang itu punca pendapatan kita maka teruskan dengan mengadakan komik Islamik dan sebagainya. 

SOALAN: Ditempat kami ada 3 tempat untuk solat jumaat. Adakah sah kami penduduk kami disini solat jumaat? 
UAI: Jika terlalu untuk 1 masjid maka dibolehkan. Tiada masalah. 

SOALAN: Bini saya suka bandingkan saya dengan orang lain. Apakah hukumnya? 
UAI: Jawabnya boleh dan tak boleh. Contoh suami tidak solat jadi dibezakan dengan orang yang solat jadi boleh. Yang tidak boleh dibezakan dengan keduniaan. Contoh dibezakan dengan harta jiran sebelah jadi hukumnya tidak boleh dan isteri begini adalah calon neraka. 

SOALAN: Bagaimana orang yang langgar dan terlibat dengan riba? 
UAI: Nabi kata 4 golongan akan dilaknat dengan riba ialah 

1) Makan Riba 
2) Beri Riba 
3) Kerani / Pengurusan 
4) 2 orang gerento 

dan akan dibangunkan diakhirat nanti didalam keadaan huyung hayang. Dan ada satu riwayat mengatakan akan dimasukan batu neraka kedalam mulutnya. Walau bagaimanapun yang mana telah terlibat dengan riba maka bertaubatlah kerana Allah maha pengampun. 

SOALAN: Batal atau tidak wudhuk sentuh kanak kanak perempuan? 
UAI: Tidak batal. Kecuali budak perempuan itu telah baligh. Adapun menyentuh kemaluan walaupun kanak yang belum baligh maka batal kecuali kemaluan haiwan. 

SOALAN: Perlu atau tidak ganti solat yang pernah kita tinggalkan? 
UAI: Ya perlu 

SOALAN: Bolehkah kita mengucapkan Selamat hari raya kepada perayaan kaum lain? 
UAI:Berlaku khilaf. Yang sebaik jangan kita ucap selamat kepada perayaan mereka kerana tiada selamat bagi mereka tapi kita ucapakan lah "Taniah" kepada mereka. 

SOALAN: Apakah hukum nya tidak berkhitan? 
UAI: Bagi lelaki jika tidak berkhitan maka hukumnya berdosa besar kerana ia melibatkan taharah dan urusan solat tetapi tidak kepada wanita kerana ia tidak berkait dengan taharah cuma jika wanita tidak berkhitan maka nafsu mereka lebih tinggi dan mengikut kajian wanita wanita yang tidak berkhitan di Amerika memang nafsu mereka jauh lebih tinggi dari biasa. 

SOALAN: Bolehkah kita buka kasut dikubur? 
UAI: Boleh buka atau tak nak buka juga boleh kerana dua dua ada hadith. Siapa yang bergaduh dengan perkara perkara khilaf maka dia adalah orang yang bodoh. 

SOALAN: Apakah hukum saf lelaki bersebelahan dengan saf wanita untuk contoh ketika kuliah malam ini? 
UAI: Hukumnya sah. Cuma terbaik saf wanita dibelakang. 

SOALAN: Bolehkah kita mewarnakan rambut yang pewarna yang boleh dikeluarkan dengan menggunakan air? 
UAI:Tengok tujuan. Jika lelaki afdhal mewarnakan rambut dengan inai jika beruban untuk berperang dan sebagainya. Wanita juga boleh mewarnakan rambut untuk suami tetapi jika untuk berhias selain suami maka hukumnya haram dan perwarna mestilah mengikut syarak. 

SOALAN: Azan sedang dilaungkan ketika tiba dimasjid untuk solat Jumaat. Apakah boleh solat atau tidak boleh ketika Azan dilaungkan? 
UAI: Boleh belaka. Solat ketika azan atau selepas azan. Cuma afdhal selepas azan. 

SOALAN: Bolehkah wanita berkongsi tandas bersama wanita lain? 
UAI: Boleh. Cuma syaratnya hendaklah menjaga aurat wanita bersama wanita lain. wajib tutup daripada pusat hingga ke lutut. 

SOALAN: Bolehkah saya bertaubat melalui internet? 
UAI: Boleh. Bertaubatlah dengan mempelajari dari mana mana sumber dan kaedah yang penting kita bertaubat dan kita mengaji lah. 


SOALAN: Adakah cara atau tips untuk berhenti membeli nombor ekor? 
UAI: Mudah sahaja. Jangan beli. 

SOALAN: Apakah yang dimaksudkan dengan IS? 
UAI: Saya pun tidak tahu sebab saya bukan ISIS. Cuba pergi tanya dia sendiri. Ada yabg kata meraka ini jahat. Ada kata mereka ini baik. Ada yang mengatakan itu sekadar lakonan. Kita pun tidak dapat kenal pasti. Yang penting Israel, Amerika, Russia dan mana mana negara yang bantu untuk jatuhkan Islam adalah yang kaum yang dilaknat. 

SOALAN: Apakah beza Allah dengan Makhluk? 
UAI: Apa beza kerusi dengan pembuat kerusi? Begitulah lah perbezaan nya. Allah ini adalah pemaaf. Yang tidak disengajakan akan dimaafkan oleh Allah swt maka jika kita sengaja juga akan diberikan kemaafan. Ini contoh beza sifat maaf Allah swt. Kalau makhluk buat kesalahan dengan segaja kepada kita kita marah tak? Contoh sengaja kawankita sepak kita, kita marah tak? Kita pasti marah. Allah yang tidak sengaja dimaafkan dan yang sengaja juganjika kita memohon keampunan dimaafkan. Itulah beza kita dengan pencipta dalam sifat memaafkan. 

SOALAN: Apakah hukum kita ambil buah ditanah orang? 
UAI: Boleh jika diizinkan oleh tuan tanah. Jika tuan tidak ambil hingga busuk buah tersebut kerana ditinggalkan kawasan itu dan sebagainya maka hukumnya boleh diambil diatas takut pembaziran. 

SOALAN: Apakah boleh beri zakat kepada Anak isteri? 
UAI: Zakat wajib diberi kepada 8 asnaf. Afdhal diberi kepada Amil zakat. 

SOALAN: Apakah hukum jika tidak khusyuk ketika solat? 
UAI:Jika sengaja untuk tidak khusyuk maka ia haram. Zaman para sahabat juga ada yang tidak khusuk didalam solat apalagi kita yang cap ayam ini. Jadi sebelum solat, niat dan minta khusyuk daripada Allah swt supaya kita dapat mencapai khusyuk didalam solat. 

SOALAN: Apakah hukumnya orang yang menolak hadith? 
UAI:Ijmak ulama dia terkeluar dari Islam. 

SOALAN: Apakah nasihat untuk saya dan isteri kerana saya nak kahwin seorang lagi? 
UAI: Jangan tipu isteri yang pertama. Jadi lah seorang suami yang adil. 

SOALAN: Bagaimana kita nak Istiqomah dalam ibadah? 
UAI: Kawan bersama dengan ahlinya. Kalau kita nak Istiqomah dalam mencari Ilmu maka kita berkawan dengan sahabat yang mencari Ilmu maka kita akan Istiqomah dalam ibadah. 

SOALAN: Bolehkah kita buang Surau lama? 
UAI: Tidak boleh kecuali kayu surau yang lama lama itu dibolehkan. Jika ada barang barang yang lama dari surau maka kita boleh jual dan hasilnya masuk kedalam tabung surau. Jika tidak boleh dijual maka kita boleh berikan kepada surau lain yang lebih mermelukan. 

SOALAN: Apakah hukum tidak melaungkan azan ketika majlis ilmu? 
UAI: Tengok mukim disitu. Jika ada yang masjid yang berdekatan yang melaungkan azan didalam mukim jadi kita sudah keluar dari fardhu kifayah. 

SOALAN: Bolehkah berhutang didalam Islam? 
UAI: Boleh. Contoh, kita berhutang ke Tanah Suci maka hukum nya harus cuma dengan syarat membayar semula hutang tersebut. Jika berhutang dan niat sengaja untuk tidak bayar balik maka hukumnya haram. 

SOALAN: Kita buat benda baik tapi orang pandang seraong jadi bagaimana? 
UAI: Senang sahaja. Teruskan buat baik. Jangan orang pandang serong kita buat baik lalu kita berhenti buat benda baik dan pergi buat kerja jahat pulak. Teruskan dengan berbuat baik. 

SOALAN: Ada setengah orang suka lihat orang lain jatuh. Apakah hukumnya? 
UAI: Orang gila memang macam itu. Tidaklah kamu beriman sehingga kamu diuji. Kita suka tidak jika kita dijatuhkan? Jadi jangan kita jatuhkan sesiapa. 

SOALAN: Kita Islam keturunan. Bagaimana orang dayak yang tidak faham bahasa kita? Bagaimana dengan mereka yabg tidak tahu tentang Islam? Adakah mereka ke neraka juga? 
UAI: Nabi hantar para sahabat untuk menyebar Islam keseluruh dunia dan para sahabat belajar bahasa kaum tertentu sebelum mendakwah mereka. Ia menjadi fardhu kifayah kepada pendakwah untuk mempelajari bahasa lain bagi memudahkan dakwah dan pada hari ini ramai pendakwah yang boleh berbahasa lebih daripada 1 bahasa. 

SOALAN: Saya dalam persatuan yang menjuangkan Islam. Saya tidak bersetuju dengan sesuatu perkara. Bolehkah saya tubuhkan satu lagi persatuan? 
UAI: Tidak boleh. Contoh kita tidak suka dengan Tok Imam dimasjid, jangan kita bina masjid baru. 

SOALAN: Adakah boleh membela Anjing didalam rumah? 
UAI: Boleh. Macamana boleh pulak? Sebab itu kita kena mengaji. Boleh kita bela anjing jika kita nak jaga tumbuhan, tanaman, haiwan ternakan dibolehkan tapi jangan dibela didalam rumah. Jika kita sengaja bela anjing tanpa tujuan maka pembela anjing tadi akan hilang pahala SEHARI sebesar Bukit Uhud. Kalau dua hari maka pahala akan hilang sebanyak 2 Bukit Uhud. Siapa sini ada pahala besar bukit Uhud ambe nak selfie dengan dia. 

SOALAN: Bolehkah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? 
UAI: Boleh. Disebut oleh Ulama ulama dibolehkan kecuali jika mereka menggunakan Kalimah Allah untuk memecah belahkan Islam atau menjadi fitnah kepada Islam. 

SOALAN: Orang yang keluar dari Islam adakah jika dia bertaubat Allah swt menerima taubatnya? 
UAI: Ya. InsyaAllah akan diterima. Allah swt tidak pelik jika buat salah kerana kita ini dicipta dengan keadaan lemah. Maka kita bertaubatlah. 

SOALAN: Apakah hukum anak seorang kafir yang dilarang untuk memasuki Islam? 
UAI: Tidak boleh larang kerana hukum ini bukan dicipta oleh manusia. Contoh Ibu kita kata saya haramkan susu nya jika memasuki Islam. Susu itu tidak haram yang haram perbuatan percakapan Ibu tadi. 

SOALAN: Apakah haram wanita cukur bulu kening atau bulu kaki? 
UAI: Haram jika kita botakan atau kita cukur sebahagian kening lalu kita lukis dengan pensil untuk ukir bulu kening. Harus cukur jika bulu kening itu bersepah sepah jadi boleh diuruskan untuk nampak kemas dengan syarat untuk suami. Begitu juga dengan bulu kaki wanita. 

SOALAN: Tolong nasihatkan suami saya yang keras dengan saya. Dia ada hadir pada hari ini. 
UAI: Orang lelaki jangan terlalu keras dan jangan lah terlalu lembut. Nabi kata sebaik baik kamu adalah yang baik dengan ahli keluarganya. 

HambaNya 
Mutiara kata Ustaz Azhar Idrus 
Masjid Bandar Saujana Utama Sungai Buloh 10:04PM 
29 November, 2015

*Maaf sekiranya ada kesalahan atau kekurangan didalam mencatit. Hamba yang daif ini telah melakukan yang terbaik. Semoga manfaat bagi semua

1 comment :

  1. Pencerahan agama yang bermanfaat. Suka baca dan dengar ceramah ustaz Azhar. Ringkas tetapi berkesan.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...