Pagi nie cadangnya nak breakfast makan capati. Kedai tutup la pulak. Geram betul... Sudah la tu.... janji-janji tidak di tepati.... memang patut capatikan orang tua tu. Tidakkah dia tau, tidak menepati itu adalah ciri-ciri orang munafik.
Gambar ehsan Google
Gambar ehsan Google
mmm... berbalik di isu di per capatikan... Start 15 October lepas, beberapa lebuhraya telah di naikkan kadar tol nya... Memang sangat drastik kenaikan tu. Kesian mereka yang terpaksa menanggung kos kenaikkan tol yang sangat tidak bertimbang rasa.
Gambar ehsan Google
Gambar ehsan Google
Paling perit adalah bagi mereka yang berada di golongan pertengahan. Biasanya mereka nie berpendapatan dari RM5000 hingga ke RM10,000. Sudah lah tidak mendapat BR1M, kena bayar pula cukai pendapatan dan perlu bayar GST lagi Dibebankan pula dengan kos kenaikan tol yang melampau. Itu belum lagi kira kenaikkan harga petrol dan charge parking kereta.
Gambar ehsan Google
Gambar ehsan Google
Hidup dan bekerja di Kuala Lumpur nie, kalau ikutkan gaji RM5,000 tu bukannya cukup pun. Siap ada yang buat kerja sanpingan untuk menampung kehidupan seharian. Itu pun ada yang tidak mencukupi.
Mari kira barapa kos sebulan untuk seorang yang duduk di Saujan Utama Sungai Buluh dan berkerja di Kuala Lumpur. Jarak ke tempat kerja 40KM.
Petrol > RM 320.00 (seminggu sekali isi minyak penuh RM80 RON95)
Bayar Tol > RM192.00 (lima hari berkerja X 20 Hari)
Parking > RM 300.00 (per entry RM15 X 20 hari)
Tol yang di lalui :
Guthrie Highway (RM 3.8 sehala X 2 (pergi dan balik) X 20 hari = RM152.00
Tol NKVE (Shah Alam - Subang) (RM1 sehala) X 2 (pergi dan balik) X 20 hari = RM40
So, kos untuk pergi berkerja sahaja RM820 sebulan. Nie baru kenaikkan di Tol Guthrie. Belum lagi kira mereka yang terpaksa lalu tol lain yang terlibat dengan kenaikkan tu.
Komen mengampu...
Gambar ehsan Google
Komen mengampu...
Gambar ehsan Google
Walaupun gaji RM5,000, RM500 telah pun di tolak untuk potongan cukai berjadual. Belum masuk lagi potongan KWSP dan insurance. So, purata pendapatan yang dibawa balik dalam RM4,000. Itu belum lagi bayar duit rumah, duit kereta, belanja dapur dan persekolahan anak-anak. Tambah perit jika mempunyai lebih seorang anak. Kesiankan mereka. Di tindas dan di zalimi. Nampak je gaji riban-riban, kenyataannya mereka miskin di bandar. Tinggal pun masih di rumah sewa.
Tak apa la. Kita ada Allah s.w.t, tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan serta petunjuk.
Surah Taaha, Ayat 132
Gambar ehsan sigir.uitm.edu.my
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
tak lama lagi capati pon kita tak mampu nak makan..
ReplyDeleteJanji sebelum PRU. Bila dah dapat makan capatilah rakyat.
ReplyDeleteBila dapat tahu je rate sebenar tol yang kena lalui, terus buat kira2 berapa banyak perlu ditambah untuk sebulan. Tu belum kira lagi harga minyak yang berubah-ubah setiap bulan. Nak ikut jalan lama..? Nangis dah hatilah jawabnya.
ReplyDelete