Tuesday, December 25, 2012

Taman Botani, Ayer Keroh, Melaka

Tempat yang menarik di Melaka. Destinasi bercuti ke Melaka kali ini menuju ke Taman Botani, Ayer Keroh, Melaka. Kalau ikutkan tujuan asalnya nak singgah di Taman Buaya. Tapi malangnya, agak sukar untuk mencari parking kereta. Maklum la, cuti sekolah sudah bermula. Ramai orang mengambil kesempatan cuti sekolah nie untuk meluangkan masa bersama keluarga. Akhirnya, Taman Botani juga menjadi tempat persinggahan pertama kali ini. Kali terakhir pegi bercuti di Melaka hari tu, teman bawak Aisar ke Zoo Melaka. Itu pun, sebelum kejadian dimana seorang kanak-kanak diserang oleh sejenis monyet (spesis monyet jugak laa).

Kami pun sebenarnya tak tahu pun apa yang ada dalam Taman Botani nie. Sampai je kaunter, kami diberi pilihan sama ada berjalan kaki, berbasikal atau memandu buggy. Nak berjalan idak la nampaknya. Maklum la, 4KM jarak perjalanannya. So, teman ambik buggy jer la. Lupa pulak teman nak ambil gambar buggy tu. Tapi nie antara buggy yang ada.



Disini, banyak pokok jer. Macam-macam pokok ada. Tapi, teman tak turun jalan dalam hutan tu. Harga setengah jam sewa buggy 4 seatter dalam RM40.00 jer. Tapi teman guna lebih dari setengah jam. Nasib baik tak ada extra charge. Lagi pun, tak ramai sangat orang datang melawat ke sini.



Apa yang ada di Taman Botani, Ayer Keroh Melaka. Ok, teman kongsikan gambarnya disini. Banyak pokok-pokok kayu. Ada juga ditandakan namanya disitu. Ada juga jambatan gantung tergantung diantara pokok ke pokok.




haaa... selalunya kita ada dengar kisah arnab dan kura-kurakan... Kat sini, kisah nie ada diceritakan disini. Tapi, dalam bentuk lain la. Siap dengan trek pertandingan antara kura-kura dan arnab tu. Disini teman kongsikan sebahagian darinya ye...





Selain dari tu ada jugak replika haiwan pra sejarah yang menjadi daya tarikkan terutama kepada kanak-kanak. Nie baru sebahagian sahaja. Banyak lagi replika haiwan pra-sejarah ada disini. Cuma anak teman nie, Aisar agak bosan sket dengan benda nie. Actually, dia takut dengan replika nie :d







Ok, next time kita sambung lagi kisah di Melaka.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...