Tempat makan best di Kota Bharu, Kelantan... Negeri yang penuh dengan kepelbagaian
makanannya. Kalau bab makan... Tak susah... Terdapat pelbagai genre makanan
disini... Salah satu yang sempat saya kunjungi masa balik untuk hari raya haji
baru-baru ini ialah di restoran Pattaya Village. Restoran ini amat unik. Ini
adalah kunjungan pertama saya ke sini.
Untuk sesiapa yang berminat untuk makan-makan disini, teman sharekan coordinate nye kat bawah nie;
6.12475N, 102.25586E
Kebiasaannya apabila ke restoran, pasti kita akan bayangkan
makanannya. Tetapi, restoran ini amat unik sekali. Restoran ini berkonsepkan
makanan Thailand seperti tomyam, som tam dan macam-macam lagi la. Yang
menariknya, selain makanan restoran ini turut menyediakan majalah untuk
pelanggan-pelanggannya sementara menunggu makanan di hidangkan. Sesuatu yang
menarikkan. Layanan pekerjanya juga amat memuaskan hati, seperti berada di
hotel bertaraf lima bintang.
I'm sorry, maaf puan, boleh saya bantu tuan/puan menjadi
skrip pekerja-pekerjanya apabila mendekati pelanggan-pelanggannya.
Semasa kunjungan pertama ini, kami order kailan ikan masin,
ayam masak halia, tom yam campur, telur dadar, telur bungkus dan kerabu sotong.
Minuman pula kami order air tembikai, air epal dan air suam. Makanannya juga
menarik, sedap dan setimpal dengan bayarannya (RM7+.++). Cuma kunjungan kali
ini, kami tak dapat merasai som tamnya disebabkan bahan-bahan untuk membuatnya
tidak mencukupi.
Next time, pasti teman singgah lagi ke sini :D
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...