Monday, January 9, 2012

Cuba check bil elektrik TNB anda

Kali ini, nak kongsi berkenaan bil elektrik TNB... Tadi teman ada laa call 1 300 88 5454 call center TNB nak rujuk berkenaan bil TNB terkini... untuk pengetahuan semua, bermula December 2011, terdapat satu charge yang dikenakan kepada penguna iaitu Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu... Teman dimaklumkan oleh petugas call center TNB, sebanyak 1% di kenakan kepada penguna oleh pihak kementerian untuk di salurkan kepada kumpulan wang tersebut.



Turut di paparkan didalam bil TNB terbaru ialah subsidi bahan api oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi yang musykilnya, subsidi ni tak pulak termasuk didalam kiraan bil. Tak tau la apa motifnya... nak educate penguna supaya berjimat atau pun saja tak nak bagi penguna marah sebab ada caj 1% tambahan dalam bil...



Teman cuba pertolongan Pakcik Google berkenaan Kumpulan Wang Tenaga Baharu tu... tapi tak banyak maklumat diperolehi... bagaimana pun melalui carian di internet, 


Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu nie termaktub didalam Akta 726 Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011. So, teman tak boleh laa nak komen banyak2 sebab dah termaktub dalam akta tu.... Bayor jer laa....

8 comments :

  1. Assalam..
    Saya tak pernah tengok pun bil elektrik di rumah..berapa dan ada tertulis apa.
    Setiap bulan, settle je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa pasal... Sepatutnya, kita kena la tengok detail, apa yang di charge tuu... mana laa tau, ada double charge ke, salah kira ker... :D

      Delete
    2. Saya tak pernah tengok sebab, belum sempat sampai di tangan saya, bil dah dijelaskan...

      tentang bil cas 1% tu, saya dah tanya pada hubby. Katanya TNB sebagai perantara/ orang tengah je, kutip duit bagi pihak kerajaan.
      Mana taknya, yuran sekolah tak payah bayar, bagi duit lagi pada ibubapa, dan macam2 perkara melibatkan wang yg besar digunakan. Secara tak sedar, dia ambik balik tapi dengan cara yang lain. Apa2 pun, fikir logik la kan, duit tak turun dari langit macam tu je....

      Delete
    3. 1% extra charge tuu digunakan oleh pihak kerajaan sebagai dana untuk pembangunan tenaga... bukan untuk tujuan lain... rasanya tak la membebankan sangat kan...

      Delete
  2. caj yang kerajaan biaya ditulis je...takde pun dia potong dalam bil...hampeh..

    ReplyDelete
  3. saya xpernah tgk bil elektrik.. sbbnya, housemate yg pgg bil n mnta duit thne bayar/..

    ReplyDelete
  4. TNB kan untung satu bilion lebih.. nak buat apa dengan duit banyak tu?

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...