Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2  berikut;
1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan  setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah  tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya  sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara  tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya,  maka jelaslah balighnya.. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang  barat.
2) Pemuda
Bermula dari umur baligh hingga umur 40 tahun. Namun pada umur ini belum  cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah dosa  pahalanya.
Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah  sebelum tibanya umur 40 tahun.
3) Orang tua
Bermula umur 40 tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap  sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika  akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal  keadaan hamba2 ciptaanNya.
Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40 thn maka ditakuti dia  akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika  seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40 thn, maka  insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.
Sabda Nabi SAW, bermaksud ;
Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam,  beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40 tahun MAKA Allah akan  memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan  dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam)  & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebahagian  putih2.
Apabila seseorang itu sampai umur 50 tahun dalam keadaan  Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg  mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik  akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan  KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghindari dosa walaupun  kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok,  pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah.  Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang  menjadi KEREDAAN Allah.
Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60 tahun dalam  keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak  kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.
Apabila telah mencapai umur 70 tahun Allah akan cinta  kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan  syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya  dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.
Apabila telah mencapai umur 80 tahun, Allah akan terima  segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak  catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah  dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga  dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun  dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya, sedangkan  pahala berterusan dicatit.
Apabila telah sampai umur 90 tahun dengan syarat dia telah  menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di  mana Allah;
- Mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia.
- Menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini
- Juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka.
Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah  SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan dirahmati Allah  & dipermudahkan urusannya.
Tips dari Saidina Ali kw;
*** Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal  benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka  sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN
Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca AlQuran  itu menjadi amalan yang berterusan.
Doa pada umur 40 tahun : (Surah Al Ahqaf Juzuk 26 :  Ayat15)
Bermaksud ;
Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur  kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau  beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya  Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau  mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu  dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2  Islam)



 
 
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...