Thursday, March 22, 2018

Petua : Untuk meredakan batuk yang berlarutan

Batuk yang berlarutan lama pasti menyeksakan. Lebih-lebih lagi batuk semakin menjadi-jadi pada waktu malam pasti mengganggu waktu tidur. Pelbagai ubat telah di cuba, tapi batuk tidak jugak berkurangan. Kalau itu la yang sedang kome alami, mungkin boleh mencuba perkongsian petua ini. Insya-Allah dalam tempoh 24 jam, kome akan dapat melihat kesannya. Petua ini hanya mengunakan bahan alami yang mudah didapati di dapur, Insya-Allah tiada kesan yang merbahaya kepada kesihatan.

Bawang putih dan madu

Gambar ehsan Google.

Petua ini hanya mengunakan madu lebah asli dan bawang putih. Lengkapkan bahan-bahan berikut;

  1. 3-4 ulas bawang putih, di buang kulit dan di cincang halus
  2. 1 cawan madu lebah asli

Cara untuk membuatnya
Campurkan kesemua bahan di atas dan di biarkan 3 jam sebelum di makan.

Cara pengambilannya
Selepas 3 jam berlalu, makan bawang putih serta madu tersebut untuk satu sudu teh setiap satu jam.

Petua ini dapat melegakan saluran pernafasan dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran pernafasan dan paru-paru. Bawang putih bersifat anti bakteria, mampu untuk membunuh virus yang menyebabkan batuk.

Selamat mencuba.

5 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...