Thursday, August 3, 2017

Petua : Untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah

Petua untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Wajah yang bersih mulus tanpa cela adalah dambaan setiap insan terutama yang bergelar wanita. Wanita akan tampak lebih anggun dan mempersonakan dengan wajah bersih mulus dan bergaya. Sekali lagi teman tampilkan satu lagi petua dalam entry ini untuk mengatasi masalah bintik-bintik hitam ini.

Bintik-bintik hitam

Gambar ehsan Google.

Sebenar-benarnya, bukanlah suatu yang mudah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam ini. Jika tidak di rawat dengan segera, bintik-bintik hitam ini akan merebak pada keseluruhan wajah.

Bawang putih

Gambar ehsan Google.

Sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini, gunakan bawang putih. Belah bawang putih kepada dua bahagian. Pada bahagian bawang putih yang di potong itu, gosok pada bahagian yang bermasalah secara perlahan-lahan. Lakukan selalu. Pigmentasi atau bintik-bintik hitam akan pudar dan hilang secara beransur-ansur.

Selamat mencuba ye.

1 comment :

  1. betul...bintik hitam jika ada..mmg payah nak hilang..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...