Friday, August 18, 2017

Warkah buat seorang Isteri

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Sebaik saja kita menikahi isteri kita, maknanya kita telah pun melengkapkan agama kita. Isteri adalah anugerah Allah kepada kita sebagai seorang lelaki. Kita adalah Khalifah Allah di muka bumi ini. Isteri di datang kan khas buat kita untuk menemani kita di dunia sebagai teman hidup, sebagai teman untuk berbual, berkongsi suka dan duka. Kenapa teman katakan ISTERI itu anugerah Allah? Sebabnya, daripada berjuta wanita di luar sana, kita hanya memilih wanita ini sebagai teman hidup kita. Kenapa kita memilih wanita ini sebagai teman hidup kita di dunia ini?

Tentu lah wanita yang dipilih sebagai isteri itu seorang yang hebat. Mana kan tidak, wanita itu sanggup hidup bersama sepanjang hayat untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki ini. Sanggup bersusah payah semata-mata untuk membahagiakan seorang lelaki. Sanggup menahan kesakitan ketika melahirkan zuriat buat lelaki itu. Sanggup bersama ketika susah dan bersabar dalam membesarkan dan mendidik anak-anak.

Isteri solehah

Gambar ehsan Google.


Untuk Mu isteri ku, sesungguhnya engkau adalah anugerah dari Allah buat ku. Diri Ku begitu bertuah dapat memiliki cinta mu dan akan ku gengam hingga akhir hayat ku, insya Allah.

Wahai suami, jika engkau memilih isteri mu sebagai teman hidup, sebagai pelengkap dalam kehidupan mu... sayangilah isteri mu sebaik mungkin... sama-sama lah kita membina rumah tangga kita semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Sekadar perkongsian buat para suami. Ingatlah, rumah tangga yang hendak dibina, bukanlah seorang sahaja yang berusaha untuk mengukuhkannya tetapi memerlukan kedua-duanya untuk memperteguhkan tiang-tiang rumah tangga itu. So, jangan ingat isteri je yang perlu buat kerja-kerja di rumah tu ye...

"Selamat Hari Lahir Sayang"

*sebagai peringatan buat diri sendiri juga.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...