Wednesday, December 7, 2016

Tribute to Rohingnya

Apabila masyarakat Islam bangun berjuang apabila mereka di tindas, dinafikan hak mereka, mereka di gelar penganas. Mereka di panggil golongan pelampau agama. Tetapi, apabila mereka yang bukan Islam membakar rumah perkampungan masyarakat Islam, merogol, membunuh, membakar hidup-hidup, tidak pula mereka di gelar pengganas atau golongan pelampau agama. Inilah yang berlaku kepada masyarakat Islam Rohingnya di Myanmar. Yang paling tragis, pembunuhan dan pembersihan etenik  masyarakat Rohingnya mendapat sokongan dari rakyat Myanmar sendiri malah sami-sami Buddha Myanmar juga turut menyokong tindakan pemerintah Myanmar. Manakala masyarakat dunia tidur lena diulit mimpi.

Protest di Kedutaan Malaysia Myanmar 
Gambar ehsan dari Facebook.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Maina Kiai pula berkata Malaysia sepatutnya lebih menumpukan soal hak kemanusian di dalam negara. Beliau menyamakan situasi penangkapan Maria Chin Abdullah pengerusi Bersih 2.0 dengan situasi yang berlaku pada masyarakat Rohingnya. Klik disini untuk membaca laporan berita tersebut. Mungkin dia tak dapat bezakan situasi di Malaysia dan Myanmar. Maria Chin hanya di tahan untuk membantu siasatan dan telah pun dibebaskan setelah melalui proses mahkamah. Tapi, masyarakat Rohingnya di Myanmar pula di bunuh tanpa mendapat sebarang pembelaan. Dimanakah silapnya sehingga dunia hanya memerhati sahaja pembunuhan dengan tujuan pembersihan etenik di Myanmar. Apakah di sebabkan mereka beragama Islam?

Tidak sepatutnya kejadian seperti ini berlaku lagi di abad 20 ini. Kemanakah nilai kemanusiaan mereka sesama manusia? Yang tragis, sami-sami Buddha turut sama menyokong dan melakukan pembunuhan tersebut. Tertanya-tanya juga, adakah agama Buddha membenarkan perlakuan seperti itu. Tidak kedengaran pula mereka di gelar pengganas atau pelampau agama. Jika ada masalah sekali pun, selesaikan lah di meja rundingan. Selesaikanlah dengan penuh peradaban sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.




Video ehsan dari One Stop Music Bhd Malaysia, on behalf of Sheikh Qalam Record.

Terkini, rakyat Myanmar yang menyokong pembunuhan ini berkumpul dihadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Yangoon membantah tindakkan Malaysia.

Protest di Kedutaan Malaysia Myanmar  
Gambar ehsan dari Facebook.

Pada pendapat teman, adalah lebih baik Malaysia menghentikan serta-merta pengambilan pekerja asing dari Myanmar. Kita memerlukan mereka untuk membangun Malaysia.

Entry ini adalah tribute khas untuk masyarakat Rohingnya.

#PrayforRohingnya

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...