Thursday, October 8, 2015

Petua : Untuk merawat masalah selsema, batuk dan sakit tekak.

Atasi selsema, batuk dan sakit tekak. Sejak pencemaran jerebu melanda negara kita, makin ramai pula yang mengalami masalah selsema, batuk dan sakit tekak. Termasuklah teman nie. Dalam entry hari nie, teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah selsema, batuk dan sakit tekak.

Atasi masalah selsema, batuk dan sakit tekak
Gambar ehsan Google.

Untuk petua ini, bahan yang di perlukan ialah madu lebah dan halia. Caranya begini, halia ini hendaklah di kisar untuk mendapatkan jus sekurang-kurangnya sebanyak 2 sudu teh. Air halia ini kemudiannya di campurkan pula dengan dua sudu teh madu. Sebolehnya gunakan sudu yang dibuat dari tembikar atau plastik untuk mengambil madu nie. Campuran ini kemudian di kacau sehingga sebati dan minum. Sebaik-baiknya amalkan pengambilan ramuan ini tiga kali sehari.

Ramuan ini bukan sahaja dapat melegakan batuk, selsema dan sakit tekak, malah dapat melegakan tekak dari ledir kahak.

Selamat mencuba.

2 comments :

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...