Thursday, October 22, 2015

Petua : Mengatasi masalah kelumumur

Anda ada masalah kelumumur tak? Jika masalah kelumumur kome kritikal, pasti rimaskan bila melihat kelumumur diatas bahu baju. Rambut pula kelihatan berhabuk. Untuk mengatasi masalah tu, teman akan kongsi petua untuk merawat masalah kelumumur dalam entry nie.

Kelumumur

Gambar ehsan Google.


Bahan utama yang di perlukan ialah minyak kelapa dan kapur barus. Caranya mudah saja. Campurkan sedikit kapur barus ke dalam minyak kelapa. Simpan di dalam botol. Macam mana nak mengunakan? Ok, ambil sedikit campuran tersebut, kemudian sapu dan lakukan urutan lembut pada kulit kepala. Gunakannya setiap malam sebelum tidur.

Kapur Barus dan Minyak Kelapa

Gambar ehsan Google.

Campuran minyak ini bukan saja bagus untuk membantu merawat kelumumur malah dapat menyejukkan kepala.

Sebelum nie teman ada juga kongsikan petua untuk mengatasi masalah kelumumur. Klik dibawah untuk membaca entry tersebut.

Petua merawat kelumumur dengan mengunakan limau purut.
Merawat kelumumur dengan mengunakan buah mengkudu.

Selamat mencuba.

2 comments :

  1. Boleh nak cuba juga petua ni bila kelumumur datang menyingah.

    ReplyDelete
  2. Nanti kita cuba cara ni pula. Terima kasih.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...