Thursday, August 13, 2015

Petua : Untuk susutkan berat badan

Petua untuk menurunkan berat badan. Terutama golongan wanita, ramai yang mengalami masalah berat badan. Dalam entry petua kali ini, teman akan kongsikan dua langkah petua untuk di amalkan sebagai satu pilihan untuk menurunkan berat badan.

Masalah berat badan

Gambar ehsan Google.

Langkah 1.

Makan epal HIJAU atau minum jusnya setiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Green Apple

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.


Langkah 2.

Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan.

Lemon

Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

1 comment :

  1. Kebetulan entry ai hampir sama berkenaan berat badan.. hehehe.. ;)
    Nak cuba langkah kedua tu pulak.. ;)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...