Thursday, November 6, 2014

Petua : Menegangkan kulit muka

Macam mana nak menegangkan kulit muka? Mungkin kome ada masalah ini. Terutama bagi wanita, penampilan wajah amat di titik beratkan. Faktor penambahan usia juga mungkin menyumbang kepada faktor kulit muka kendur. Dalam entry kali ini, teman akan kongsikan satu petua untuk menegangkan kulit wajah.

Kulit muka berkedut

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja, dapatkan bahan-bahan di bawah ini;

  • Sebiji atau dua biji telur (diambil putih telur sahaja)
  • Sedikit tepung sagu
  • Timun yang telah di parut / blender


Cara nak buatnya macam nie. Putih telur itu dipukul hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Kemudian, lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman. Pastikan kome tidur sorang-sorang. Bukan apa, takut nanti ada yang terjun katil lari... :)

Keesokkannya, setelah banguntidur, bilas muka dengan air bersih dan kemudian lumur dengan timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Selamat mencuba ye.

4 comments :

  1. Boleh di amalkan untuk mencantikkan kulit muka..

    ReplyDelete
  2. uiii..bestni kalo dpt buat cara tradisional..kalo kat spa, semua barangan yg dah diproses.. lagi suke petua camni.. nak wat sendiri mmg tak la ko Izni, heee~

    ReplyDelete
  3. menarik..kalo ganti timun dengan carrot x bleh ke?? sbb bau timun tu kuat..saya tak suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timun dan karot kan tak sama... Khasiatnya pun tak sama... so, kena guna timun juga lah...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...