Thursday, May 15, 2014

Petua : Untuk mengenali madu lebah asli

Macam mana nak kenal madu tu madu lebah asli? Kita selalu jumpa orang jual madu lebah, tapi kita tak tahu macam mana nak kenal madu lebah tu asli atau telah dicampurkan dengan bahan lain. Bila kita tanya, confirm orang yang menjual madu tu kata madu yang dijual itu asli. Ok, teman kongsikan tips untuk mengenali madu lebah asli.


  1. Permukaan madu mempunyai buih-buih halus
  2. Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
  3. Celupkan lidi atau kayu kecil ke dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ianya madu asli.
  4. Madu tidak membeku jika disimpan di dalam peti sejuk.
  5. Jika di titiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walau pun sedikit.
  6. Madu asli tidak akan dikerumuni / di hurung semut. Tetapi jika madu tiruan yang bercampur gula, ianya akan dikerumuni / di hurung semut.
  7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur itu masak tetapi tidak bagi madu tiruan.

4 comments :

  1. Panduan yang berguna. sebab banyak sekarang ini madu yang tak asli di jual.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa tuan bukanlah penternak lebah. Fakta di atas adalah fakta copy paste. Banyak pembetulan yang perlu di buat. Sila buat kajian yang lebih mendalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, teman nie bukan seorang penternak lebah. Fakta di atas teman kongsikan berdasar pengalaman dan pembacaan. Jika tuan berpendapat ianya salah, sila betulkan untuk perkongsian bersama.

      Delete
  3. Saya rasa tuan bukanlah penternak lebah. Fakta di atas adalah fakta copy paste. Banyak pembetulan yang perlu di buat. Sila buat kajian yang lebih mendalam.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...