Tuesday, April 23, 2013

Ada masalah sinki tersumbat?

Kome ada masalah saluran paip atau sinki tersumbat? Jangan panik. Sebenarnya, kome boleh selesaikan masalah nie sendiri. Tak payah keluar belanja mahal panggil tukang paip untuk selesaikan masalah nie. Apa yang kome perlukan hanyalah sedikit ilmu. Mana kome nak dapatkan ilmu nie? mmm.... Jangan risau... Teman kongsikannya disini... Free jer... Lagi pun, ilmu yang ada tidak berguna kalau tidak dikongsikan bersama.

Bahan yang kome perlu ada ialah benda nie... Untuk entry nie, teman gunakan jenama PYE Drain Clog Free. Jenama lain pun ada jugak. Harganya tak jauh pun bezanya. Mudah jer nak dapatkan benda nie, kome cari jer di kedai-kedai hardware. Untuk rujukkan, harganya dalam RM2+.++ jer... Guna lah sebotol atau dua botol bergantung pada tahap kritikal masalah sinki kome tuu... Bahan ini adalah bahan penghakis. Bahan ini selamat untuk digunakan keatas saluran air PVC tetapi menghakis bahan dari logam. Jadi pastikan anda mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum mengunakannya. Pastikan ruang tempat kome bekerja mempunyai aliran udara yang bergerak, buka tingkap dan pintu sebagai langkah keselamatan. Jangan pula anda menyentuh cecair nie... Nanti habis jari jemari kome...


Sebelum memulakan kerja-kerja nie, perkara pertama yang perlu kome lakukan ialah mengeringkan sinki yang bermasalah tu... Kalau tak boleh juga, cuba kurangkan air yang bertakung tu... Mungkin, boleh juga kome boleh tidak mengunakan sinki ini untuk satu hari atau lebih untuk mengurangkan air didalammnya.

Nie sinki kat rumah teman, telah tidak digunakan semalaman. Nampak keringkan. Tapi, bila buka paip, airnya tak mengalir pun. Ambik masa berjam-jam untuk mengalir keluar.



Bila sinki telah kering atau airnya telah dibuang keluar, curahkkan PYE Drain Clog Free kedalam sinki yang tersumbat itu. Bergantung pada saiz sinki, anda boleh menggunakan dua botol atau lebih bahan itu.


Setelah itu, biarkan setengah jam atau sehingga sejam. Sementara menunggu, anda boleh la memasak air untuk digunakan bagi membersih saki baki kekotoran didalam sinki. PYE Drain Clog Free akan menghancurkan segala yang menghalang laluan air tadi. Setelah air yang tersumbat tadi mengalir keluar, anda boleh la masukkan air panas yang dimasak tadi kedalam sinki tersebut. Tujuannya adalah untuk membersihkan saki baki kesan kekotoran berlemak didalam saluran air tersebut. Setelah itu, dengan kuantiti air yang banyak masukkan air paip kedalam sinki tersebut untuk mengeluarkan segala bahan yang menghalang laluan air keluar. Di peringkat ini, memang perlukan banyak air dengan tekanan yang tinggi untuk alirkan kotoran tu keluar. Teman curahkan air dari dalam baldi jer untuk alirkan kotoran itu keluar.

Selesailah sudah tugasan untuk menyelesaikan masalah sinki atau saluran air tersumbat.

Cara ini memang sangat berkesan untuk mengatasi masalah sinki atau saluran air tersumbat. Teman telah mencuba cara nie dua kali. Kali pertama di rumah teman. Untuk kali kedua, teman gunakan untuk settelkan masalah saluran air tersumbat nie di Impiana Palace.

Kalau kome malas juga. Boleh la rogger teman. Teman boleh settelkan masalah kome. Tapi rate teman agak mahal :d.

13 comments :

  1. tu la encik Izni, akak kene beli ini mende...
    sinki dapur akak tersumbat, huhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la dicuba... nanti kalau dah teruk sangat susah pulak...

      Delete
  2. terima kasih share.. teman pun hadapi masalh yg sama jugak skrg.. hope ia dapat membantu.. thanx.. =)

    ReplyDelete
  3. Akak nak jugak...sinki sering tersumbat..tention dibuat nyer...

    ReplyDelete
  4. Leh gak ke tuk saluran air dalam bilik air....bile mandi air jd brtakung x tau pe yg tr...sumbat kt dlm saluran tu..dh mcm2 wat tp Ttp x settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... tapi kena beli lebih sket la... masa nak guna benda nie, pastikan air tak bertakung di lantai bilik mandi tu...

      Delete
  5. Replies
    1. Cari je kat kedai hardware tu... Macam-macam jenama ada.

      Delete
  6. nak tanye.. kalo air melimpah bile bukak air kt sinki sbb ape ye? saya baru masuk rumah pastu bile basuh pinggan kt sinki mesti melimpah paip kt bawah... air naik balik ke atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm tersumbat lah tu... Awak baru pindah ke rumah baru kan? Report defect la pada pihak pemaju. Biar pihak pemaju repair balik.

      Delete
  7. saya nk tanya.. kenapa bila saya basuh pinggan kt sinki air melimpah kluar dari paip bawah.. air tu x turun terus tapi naik balik.. abis lantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm saluran paip tu tersumbat... Tapi rasanya macam kritikal jer... anyway, macam feedback sy dalam komen awak sebelum nie... rujuk balik pada pemaju untuk check balik...

      Delete
  8. Kena guna juga cara ni. Sinki rumah teman pun kadang-kadang tersumbat juga.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...