Thursday, December 30, 2010

Pasar Pasir Penambang

Setelah berpindah ke rumah baru kami di Saujana Utama Sungai Buluh (SU3) pada hujung bulan Mac 2010, pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor menjadi arah tuju kami untuk mendapatkan bekalan ikan-ikan segar dengan harga yang berpatutan. Kebiasaannya, pada setiap hujung atau awal bulan ia itu sekali setiap sebulan... pasti kami kesini menghabiskan masa untuk mendapatkan ikan, udang dan sotong sebagai bekalan lauk pauk untuk sebulan... Berbaloi juga lah aku membeli peti ais yang bersaiz besar... mudah untuk menyimpan ikan-ikan tersebut. RM300 hingga RM400 sebulan budget perbelanjaan ikan, udang dan sotong, cukup untuk memenuhkan 2 kotak ice box aku tuu... semuanya segar-segar belaka... maklum laa dekat dengan laut... dan bermacam-macam jenis ikan yang jarang kita jumpa di pasar-pasar lain... ada di sini...


Nie la Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor.








Pasar nie nampak sama je kan macam pasar-pasar lain... :)






tapi, disini kita boleh temui ikan-ikan dalam pelbagai jenis yang jarang kita temui di pasar-pasar lain dan saiznya besar-besar belaka... ikan kerapu dibawah ini bersaiz kanak-kanak berumur 2 - 3 tahun dan beratnya sekitar 18 - 25 kg... berharga RM600 lebih... :)



nie pula sotong-sotong yang lebih besar dari biasa...



Disini juga, kita boleh mendapatkan ketam-ketam yang masih hidup lagi... :)




No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...