Thursday, November 1, 2012

Vouchers Nandos untuk pengunjung setia...

Ini adalah kali ke tiga give away blog apakehei.blogspot.com untuk pembaca dan pelawat blog teman yang tak seberapa nie. Kali ini, teman nak kongsikan voucher Nandos.



Bestkan makan-makan kat Nandos. Lagi best kalau dapat voucher atau ada orang yang sudi belanja... Apa kata check menu apa ada kat Nandos nie... Klik disini untuk ke web site Nandos... Biasa lah, kalau dah logonya pun ayam, confirm la makananya pun berasaskan ayam... :)

dah tengok web site Nandos tak... unikkan... Kalau sesiapa yang suka memasak tu, boleh la cuba resepi yang Nandos sharekan tu...

Ok, berbalik pada tujuan asal teman, kawan-kawan semua bolehlah download voucher tu disini. Perlu ingat, promosi nie hanya sah sehingga 18 November, 2012 sahaja. Kalau berminat sila lah download dan cepat2 pergi ke cawangan Nandos untuk mendapatkan promosi ini.

Selamat menjamu selera!

Penyapu Si Ahli Sihir

Pasti ramai yang pernah menonton cerita Harry Potter... Nie teman nak sharekan gambar penyapu ahli sihir... Pilih la kome yang mana satu yang berkenan di hati... Mudah dikendali dan senang parking...


Petua : Hilangkan ketuat

Ketuat adalah sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkitinitu akan menjadi timbul dan keras.

Kawasan yang dijangkiti ketuat akan membentuk bonjolan kecil yang menggerutu dan kasar pada kulit. Kebiasaanya akan dijangkiti dibahagian tangan, jari atau kaki. Ketuat disebatkan melalui sentuhan dan selalunya merebak melalui kulit yang pecah atau kulit yang lembab.

Ketuat tidak memilih mangsa. Ia boleh dialami oleh lelaki dan perempuan. Tahap umur yang sering mendapat ketuat ialah diantara 12 dan 16 tahun kerana penjagaan kesihatan diri yang masih lemah.

Jika anda ingin membuang ketuat, berhati-hati kerana darah yang keluar setelah kita mengeluarkan ketuat itu memang banyak. Malah, ketuat juga boleh dijangkiti melalui darah yang dikeluarkan setelah mengeluarkan ketuat itu.

Jadi, sentiasalah berhati-hati ketika mengeluarkan ketuat itu.

Petua menghilangkan ketuat



Bawang putih
Kikis ketuat terlebih dahulu dan kemudian lekatkan atau sental ketuat pada kaki.




Abu ubat nyamuk
Bancuh abu ubat nyamuk dan sapu pada bahagian ketuat setiap hari sehingga hilang.




Kapur sirih
Sapu kapur sirih pada ketuat sebelum tidur dan biarkan ia kering. Ia akan mematikan ketuat semasa tidur.



Getah betik / pisang
Kikis ketuat terlebih dahulu dan kemudian titiskan getah pada ketuat.




Vitamin C
Tumbukkan vitamin C hingga hancur kemudian sapukan dibahagian terkena ketuat dan balut dengan kain.




Cuka
Basahkan kapas dengan cuka kemudian letakkan kapas itu kebahagian yang terkena ketuat.

Petua-petua yang teman kongsikan disini hanyalah sebagai ikhtiar. Jika masih juga mengalami masalah tersebut, berjumpalah dengan doktor yang lebih pakar berkenaan penyakit ini.