Thursday, March 23, 2017

Petua : Untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing

Impikan tubuh badan yang langsing? Ramai di luar sana yang mengimpikan tubuh yang langsing dengan berat badan yang ideal. Ini adalah fakta. Jika tidak, mana mungkin ramai yang mengamalkan pengambilan pelbagai jenis produk pelangsingan badan. Kalau tak percaya cuba tanya rakan-rakan wanita kome tu.

Ok, dalam entry hari ini teman ingin kongsikan satu petua untuk pelangsingan badan. Tidak mengunakan sebarang bahan kimia terlarang. Ramuan utamanya hanya la buah delima. Ada ke orang yang alah buah delima?

Jus Delima 
Gambar ehsan Google.

Caranya macam nie. Mula-mula sediakan 5 biji buah delima. Ambil isinya dan tumbuk halus. Kemudian, masukkan ke dalam bekas bersama dua gelas air. Tambahkan sedikit garam, secukup rasa.

Amalkan meminum ramuan ini setiap hari selepas bersarapan. Kome mesti akan merasai hasil dan perbezaannya selepas dua minggu mengamalkan petua ini.

πŸ€— Selamat mencuba ya!

3 comments :

  1. nak kurus...tapi buah delima susah sikit nak dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Pasaraya Giant Shah Alam banyak buah delima...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...