Saturday, October 8, 2016

Kuliah : Padang Mahsyar

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. Para sahabat rasulullah s.a.w bertanya, mahsyar kat mane? Jawab rasulullah s.a.w, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tidak ada pokok, tidak ada sungai, gunung-ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi apabila malaikat israfil meniup sangka kala pada pertama kali. Pada kali kedua malaikat israfil meniup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesame sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. Rujuk surah yasin ayat 52-54. Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah r.a pernah bertanya rasulullah s.a.w, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.  Lalu dijawab nabi s.a.w dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a'basa ayat 37 (80:37).

 
Gambar ehsan Google.

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di mahsyar,  perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam a.s hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab nabi Adam a.s dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad s.a.w, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita je, dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kite akan turun dari arash. Mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab itu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang-sorang untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite baca semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. Tak de satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah akan tanye kita 3 soalan.

1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, etc. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tapi effect jugak orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang... Bukan jugak simply boleh masuk dengan baik sorang-sorang... so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan... Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.. ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...