Thursday, April 28, 2016

Petua : Untuk mengeluarkan duri atau serpihan kaca dari kulit

Tertusuk duri atau kaca. Pasti menyakitkan bila cedera tertusuk duri atau kaca. Bertambah perit pula jika duri atau serpihan kaca tu susah untuk di keluarkan dari tubuh. Entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk memudahkan duri atau serpihan kaca itu keluar.

Kaki tercucuk jarum

Kaki tercucuk jarum

Gambar ehsan blogger aizahmawaddah

Petuanya macam nie. Mula-mula, bersihkan kawasan yang cedera akibat tusukan duri atau kaca itu. Selepas itu, dapatkan sedikit baking soda atau serbuk penaik. Kemudian, campurkan dengan sedikit air. Sapukan campuran baking soda dan air ini pada tempat yang cedera itu.

Biarkan beberapa minit. Serpihan duri atau kaca itu akan timbul di permukaan kulit. Gunakan penyepit untuk mengeluarkan duri atau serpihan kaca itu. Bersihkan luka cedera itu dan sapukan ubat.

Selamat mencuba petua ini.

1 comment :

  1. Bagus juga benda ni. Boleh guna selain untuk buat kek. Terima kasih petua ini.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...