Tuesday, May 27, 2014

Sinar Harian main belasah je publish berita

Kome selalu tak baca Sinar Harian? Baru-baru nie, teman adalah terbaca nie satu berita berkenaan satu kemalangan yang berlaku di lebuhraya utara selatan. Tajuk beritanya "MPV melambung, berpusing kelaluan bertentangan".



Dalam berita tu mengatakan, MPV tersebut melambung dan merempuh sebuah bas ekspress di laluan bertentangan. Teman dok imagine MPV tu macam gambar kat bawah nie. Ada macam-macam jenis MPV lagi kat Malaysia nie. Gambar yang teman tempek kat bawah nie prototype MPV Proton.

Gambar dari Harian Daily.

Multi Purpose Vehicle (MPV) direka sebagai kenderaan pelbagai guna. Biasanya di Malaysia, MPV macam nie diguna oleh mereka yang berkeluarga besar dan mereka yang mementingkan keselesaan. Laju bebenor pemandu tu pandu. Baca-baca punya baca, dimaklumkan kenderaan yang melambung tu Nissan X-Trail. Citt Nissan X-Trail MPV ker?


Gambar ehsan Harian Metro.

Nampak tak dalam gambar tu. Kereta tu tercucuk kat cermin hadapan bas tu. Klik kat sini kalau nak baca berita penuh dari Harian Metro bertajuk SUV Terbang.

Mungkin pemberita kat Sinar Harian tu tak kenal MPV tu macam mana dan SUV tu macam mana. Sepatutnya, sebelum publish berita tu buatlah research dulu. Jangan lah main belasah je. Untuk pengetahuan, Nissan X-Trail tu ialah sebuah Sport Utility Vehicle (SUV). Kome boleh tengok je kat web site Nissan Malaysia. Kalau berminat boleh la beli satu :d


11 comments :

  1. tajuk dia tak hengat punye,,, tak salah kot dari etika penulisan kewartawanan tu..janji betul la keadaan time kejadian tu...

    ReplyDelete
  2. rasanya wartawan sekali dengan editor, dua-dua pun tatau beza antara SUV dan MPV..hahahaha

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. ooo dia tak cakna lagi lah tu..

    ReplyDelete
  4. mm.. wartawan pun kena banyak ilmu kesimpulannya...

    ReplyDelete
  5. Wartawan kita sekarang nie macam kurang ilmu... buat malu jerr... satu lagi malas nak turun padang... curi jer gambar orang pastu crop... buat article syok sendiri... haisshhh memalukan laaa...

    ReplyDelete
  6. Izni, ai dah komen balik kt entry 26 May -Rindu Bertamu...hehehehe...tQ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... ye ke... tak apa, nanti teman reply balik :d

      Delete
    2. adoila...up entry baru Izni, ape citer ari ni hehehehe...

      Delete
    3. tu la pasal... tengah dok mengedit nie... hari nie busy sket... tak sempat siap lagi entry spotted nie... :d

      Delete
  7. hehhehehhe...berita mesti tepat dan padat.....lepas ni Izni boleh ganti jadi wartawan dah ni....hihihihi

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...