Monday, July 9, 2012

Bilik Boss

Actually, teman nie dah lama bebenor tak menjejakkan kaki ke tempat yang bernama sekolah. Tapi, kali nie teman ke sekolah SMK Saujana Utama. Tujuannya, adalah sempena sukan Little Caliph Saujana Utama, Sungai Buluh. Aisar baru je masuk sekolah nie, bulan Jun hari tu selepas tadika PASTI kat belakang rumah tu di tutup disebabkan masalah guru.

Bercakap tentang tadika PASTI nie, teman memang tak puas hati betul dengan pengurusan depa nie... Bukannya apa... teman tengok, pihak pengurusan main ambik je guru untuk tadika pasti nie... tak tengok latar belakang pendidikan calon guru tu... patut la, teman banyak terdengar komen-komen yang mengatakan pelajar dari tadika PASTI nie kebanyakkannya tak tahu membaca bila masuk darjah satu.


Tersasar jauh la pulak... OK, berbalik kepada tajuk entry... Actually, Aisar tak ambik apa2 bahagian pun dalam acara sukan kali nie. Maklum la, pelajar baru. Umur pun baru je masuk empat tahun. So, kami sebagai ibu ayah, teman la Aisar kejap ke sukan Little Caliph nie. Selepas sejam, kami pun angkat kaki.


Masa on the way nak keluar dari kawasan sekolah, teman terpandang lah bilik nie... Adakah ini bilik tuan pengetua...? hehehehe... dah jadi bilik boss laa pulak sekarang nie...



2 comments :

  1. apa?! camni pun ada... hahaha... byk besar ini bos, kalo tgk pada signage tu, heeee~

    ReplyDelete
  2. hahahaha.....dasat gak pengetua nie

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...