Thursday, April 14, 2016

Petua : Untuk mencantikkan kuku

Petua untuk mencantikkan dan mengilatkan kuku. Wanita memang suka menjaga keterampilan dan kecantikkan diri. Ada yang sanggup memperuntukkan sejumlah wang semata-mata untuk kecantikkan. Begitu juga ada yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya semata-mata mahu kelihatan cantik dalam segenap aspek termasuk kuku dengan mendapatkan perkhidmatan manicure pedicure.

Kuku sihat berkilat

Gambar ehsan Google.

Di sebabkan entry nie, teman pun baru je tau rupanya kecantikkan kuku pun ada pertandingan dunia. Kalau kome tak percaya, klik la kat sini untuk laman Facebook Global Nail Cup. Ok la, sudah mula ke laut pulak... Teman bukan nak bercerita pasal pertandingan kuku... Tapi nak kongsikan satu petua untuk mencantikkan dan mengilatkan kuku cara tradisional.


Caranya mudah saja. Kome hanya perlu dapatkan belimbing buluh. Kalau tak tau macam mana rupa buluh, gambarnya macam kat bawah nie.

Belimbing buluh

Gambar ehsan Google.

Apa nak buat dengan belimbing buluh nie. Senang je. Mula-mula belah belimbing buluh ini kepada beberapa bahagian. Kemudian, dengan mengunakan bahagian dalam belimbing buluh tu, gosokkan pada kuku. Hasilnya kuku akan kelihatan bersih, sihat, berkilat dan cantik berseri.

Belimbing buluh boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah darah tinggi dan tumit kaki pecah. Klik disini untuk masalah darah tinggi dan disini untuk masalah tumit kaki pecah.

Selamat mencuba.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...