Friday, April 1, 2016

First anniversary GST

Pejam celik... Pejam celik... Hari nie GST sudah pun genap setahun di kuatkuasakan di Malaysia... "Selamat Ulang Tahun buat GST". Apa macam? Ada apa-apa perubahan tak...? mmm... Untuk teman, tak ada apa-apa perubahan yang baik pun... Makin membebankan adalah...

Gambar ehsan Google.

Nak dikatakan harga barang turun... Tidak jugak... Harga barang makin naik ada laa... Sekarang nie kalau nak buat budget perbelanjaan rumah, GST pun perlu di ambil kira... Teman tak ada buat analisa perbandingan harga barang... Tapi, kawan blogger teman ada buat analisa perbandingan harga yang agak detail jugak... Kome boleh klik kat sini ye...

PM Najib sibuk mencanang BR1M kat dalam kempen dia... Bila orang yang layak dapat BR1M tu belanja kat duit tu... Mereka pun kena GST jugak... hahahaha... lawak betul... Dah bagi, lepas tu ambik semula...

Bagi diri teman nie, dah la tak dapat BR1M... Kena pulak GST yang melampau tu... Kena pulak cukai pendapatan... Kesian kan... Kiri-kanan kena... Keluar duit kat mesin ATM lebih dari 4X pun kena charge...

Cukup haul, kerajaan melalui pihak Kastam akan declare kutipan GST berjuta-juta RM... Apa yang rakyat dapat... nak dapat lebuhraya percuma pun... jauh sekali... Tapi kat Sarawak tu, boleh pulak kerajaan luluskan lebuhraya tanpa tol... Nampak sangat gula-gula pilihan raya... :d

Hampeh betul ada orang macam nie... mmm... nampaknya makin ramai orang yang bengong nanti menyokong... :d

2 comments :

  1. tak de maknanya dpt brim klu berbelanja sakan mcm menang loteri . lbh baik simpan atau buat pelaburan .

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Makin susah ada benda ni. Mana-mana pun kena GST. Yang seronok mereka dan keluarga mereka. Kita bayar-bayar aje.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...