Tuesday, February 1, 2011

Nama-nama unik di dunia

Mati kerana menurut nafsu

1. Franz Reichelt (1912)



Franz Reichelt atau pun Frantz Reichelt atau Franรงois Reichelt ialah seorang penjahit dari Perancis, dia mencuba membuktikan dengan pakaian buatan dirinya semua orang boleh terjun dengan selamat dari tempat yang tinggi. Beliau merupakan pelopor kepada penciptaan payung terjun yang akhirnya membolehkan manusia terjun dari tempat yang tinggi dengan selamat.


Lalu dia mencari tempat yang tinggi untuk membuktikannya. Oleh kerana sewaktu itu Menara Eiffel adalah tempat yang paling tinggi, jadi dia memutuskan untuk buat lompat dari menara tersebut. Namun sayangnya, apa yang dia fikirkan bakal jadi percubaan terhebat ternyata gagal dan dia akhirnya mati terhempas. Anda boleh melayari Wikipedia untuk maklumat lebih lanjut.


2. Bando Mitsugoro VIII (1975)


Seorang aktor di Jepun yang terkenal pada tahun 1975 bersama rakannya pergi ke sebuah restoran dan memesan empat ikan fugu hidup. Dia mahu membuktikan dia boleh makan ikan tersebut hidup-hidup.


Di Jepun mereka mempunyai teknik memasak ikan fugu walau pun ikan fugu yang beracun itu tetapi bukan memakannya hidup-hidup. Jika makan seekor saja boleh membawa kematian apa lagi kalau empat ekor. 



Setelah 7 jam Mitsugoro lemah, menurut data forensik, Mitsugoro tetap sedar meskipun dalam keadaan lemah ketika keracunan, dia ” lumpuh sehingga akhirnya mati perlahan-lahan”, kematiannya benar-benar menyakitkan.



3. Jeff Dailey dan Peter Burkowski (1981)


Dua sahabat ini adalah peminat ekstrem game arcade Berzerk. Berzek adalah game arcade yang hangat <http://www.isuhangat.net> di tahun 1980.



Jeff dan Peter berlumba untuk mendapatkan markah tertinggi sehingga akhirnya…. Jeff ditemui meninggal dunia kerana serangan jantung setelah mendapatkan skor tertinggi 16,660.
Selepas 2 tahun kemudian Peter berhasil mengalahkan markah Jeff, namun malangnya,kerana kepenatan Peter terkena serangan jantung sama seperti apa yang dialami Jeff. Dan dia pun meninggal…


4. Jennifer Strange (2007)


Pada tahun 2007, sebuah stesyen radio KDND 107.9 di California mengadakan sebuah pertandingan bertajuk “Hold Your Wee For a Wii” yang konsepnya ialah mesti menahan kencing selama mungkin setelah minum beberapa botol air Dan sebagai hadiahnya adalah permainan nintendo wii. Permainan yang hot <http://www.isuhangat.net> semasa itu.


Pertandingan ini menarik perhatian Jennifer, iaitu seorang ibu yang mempunyai anak yang berniat jika menang permainan nintendo itu boleh menjadi hadiah terbaik buat anaknya. Dia pun menyertai pertandingan itu, tapi apa yang terjadi..


Jennifer meninggal kerana apa yang dipanggil dengan “Water Intoxication” atau keracunan air. Jadi kerana terlalu banyak air yang masuk kedalam tubuh menjadikan ketidakseimbangan di dalam otak.
Semua pihak yang terlibat dalam rancangan di stesyen radio berkenaan dipecat.


5. Christopher Mccandless (1992)



Ada beberapa orang yang punya motivasi untuk hidup di alam bebas, dekat dengan alam dan jauh dari peradaban. Dan Chris adalah salah satu orang itu..


Dia memutuskan untuk membuang keduniaan dan memulakan menjalani hidup baru di alam bebas tanpa bantuan siapapun. Meninggalkan pendidikan, rakan dan keluarganya sendiri.


Mencuba sesuatu itu memang boleh, tapi tanpa persiapan yang lengkap, boleh menjadi bencana. Inilah yang terjadi dengan Chris, kerana tidak punya pengalaman sama sekali dan juga kekurangan peralatan yang dibawa menjadikan dia terdesak dan mulai kelaparan.


Setelah hampir empat bulan bertahan hidup dengan hanya memakan biji-bijian dari tumbuhan, Chris pun akhirnya mati kerana kelaparan. Dua minggu setelah itu mayatnya ditemukan masih berbungkus selimut oleh 2 orang pemburu yang kebetulan lalu di situ.


Untitled Attachment
Sebenarnya hebat untuk mendekatkan diri kepada alam, tetapi pihak polis tidak menemui benda yg paling penting di dalam hutan iaitu kompas. 


No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...