Thursday, September 12, 2013

Petua : Pudarkan parut dengan asam jawa

Wajah berparut! Mungkin disebabkan kesan jerawat. Cubalah petua ini untuk merawat kesan parut di wajah kome. Kulit wajah berparut, memang merisaukan. Manakan tidak, penampilan dan keyakinan diri turut terjejas. Teman harapkan petua ini dapat membantu. Klik disini untuk petua menjaga kulit wajah.


Ok, untuk petua memudarkan kesan parut diwajah. Dapatkan biji asam jawa. Kemudian, gorengkan biji asam jawa ini tanpa minyak selama lebih kurang 5 minit. Janganlah lama sangat tu, nanti hangus pulak biji asam jawa tu...

Kemudian, dapatkan serbuk biji asam jawa tersebut sama ada dengan mengoreskan biji asam jawa tersebut pada permukaan kasar atau pun, kome boleh juga tumbuk biji asam jawa yang telah digoreng tanpa minyak itu dengan lesung batu sehingga halus. Kalau malas nak tumbuk, guna jer pengisar tu dan kisar sehingga halus.

Macam mana nak guna? Senang jer. Titiskan air pada serbuk asam jawa itu dan kemudian gosok pada kesan parut. Amalkan, ia akan dapat menghilangkan kesan parut tersebut.

Selamat mencuba!


No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...