Wednesday, June 22, 2011

Feel D Punch


Sultan of Johor and his Bugatti Veyron

With a base price of RM 5.2 million (USD 1.7 million), I don’t even want to guess how much this particular one cost. Said to be the first Bugatti Veyron to ever land in this country, this special blue-white version of the car is owned by the Sultan of JohorSultan Ibrahim Ismail.



Powered by an 8-litre W16 quad-turbocharged engine that produces around 1001 horsepower, the Bugatti Veyron is able to reach from 0 to 100km/h in just 2.46 seconds and a top speed of more than 400 km/h which made it one of the fastest production cars in the world. Don’t even ask about its fuel consumption.

Wordless @ Putrajaya




This picture taken on 30 October, 2010.

Tuesday, June 21, 2011

Wordless @ 20 June, 2011


Melihat akan matahari terbit, terasa diri ini begitu bertuah masih lagi dapat menghidu udara segar dan melihat keagongan cipta yang maha ESA.

Pesta Sukan 2011 Kelab Kebajikkan, Sukan & Rekreasi SUKAN & REKREASI PERKESO

Pesta Sukan PERKESO kali ini melibatkan pejabat PERKESO di kawasan Selangor dan Lembah Klang sahaja yang diadakan pada 12 Febuary, 2011 yang lepas di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Tidak banyak acara yang dipertandingkan dan suasana pun tidak laa semeriah pesta sukan yang sepatutnya... Saya dan isteri pun lama berada disitu... Sebaik saja acara pembukaan perasmian tamat dan acara sukan bermula, kami pun beredar untuk bersarapan pagi di Kampung Baru, Kuala Lumpur... maklum laa... sesekali jer waktu weekend berada awal pagi di Kuala Lumpur... apa pun, gambar nie laaa yang sempat diambil semasa acara sukan kali ini...

Sempat lagi nak ambil gambar di depan pintu utama PULAPOL :)



mmm... Jangan tak tau pulak... kat PULAPOL pun ada meriam... tapi meriam nie tak leh nak menembak pun... sekadar hiasan semata-mata jer...




Padang PULAPOL...



Acara pagi, dimulakan dengan perbarisan kontigen yang menyertai acara sukan kali ini... mmm... tapi ada jugak yang cuma masuk perbarisan jer... mmm.... cuba teka :d

Tetiba boleh menang pulak tu kumpulan perbarisan terbaik... :d... entah laa pihak juri jemputan dari PDRM tuh rate macam mana...










Berlatar belakangkan bangunan KLCC, pesta sukan PERKESO pun bermula la acaranya untuk hari nie... 


10 Manusia Genius Sejak Kecil Lagi

1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia





Lahir pada tahun 1962, Anak pasangan Korea ini dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan semasa berumur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea,German,Inggeris.


Semasa berumur 5 tahun ia mampu menyelesaikan masalah kalkulus. Beliau mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.


2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12



Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian berkat usahanya dalam menubuhkan International Youth Advocates yang merupakan Persatuan Orang muda seluruh dunia. Ia pernah bertemu langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev lho…

3. Akrit Jaswal : Doktor Bedah berusia 7 tahun




Diberi Jolokan “anak tercerdik di dunia” pada Akrit Jaswal, seorang anak pasangan India. Ia mengejutkan umum, ketika pada umur 7 tahun beliau melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan di tempatnya.

Gadis itu menderita luka terbakar di tangannya, hingga gengaman tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari gadis itu boleh dibuka seperti sedia kala.

Pada masa ini, beliau tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, ia diterima di Universiti pada usia 11 tahun.



4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu


Lahir pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Beliau adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi. Dengan albumnya tahun 2006 La vĂ¢rsta de trei ani (”pada usia 3″).

Dia mencatat rekod seorang artis kanak-kanak yang tampil di atas panggung dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award sebagai artis termuda yang mencatat #1 Hit.


5. Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun


Anak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun sudah menunjukkan kemahirannya yang qenius, beliau mempunyai sebuah gedung pertunjukan untuk karya-karya abstraknya.

Pada mulanya Mark Jamieson, Pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy. Tretarik melihat sebuah gambar lukisan dari Aelita Andre dan dia mahukan Aelita masuk dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu.

Ketika undangan telah dibuat, beliau baru mengetahui bahawa Aelita adalah anak yang masih berumur 22 bulan. Namun beliau tetap meneruskan pertunjukannya itu.



6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard Semasa Masih Duduk di Bangku Sekolah


Lahir di New York dan membesar dewasa di Omaha di 1940. Geniusnya ialah semasa berada di kelas empat beliau telah menguasai aljabar, semasa di akhir sekolah rendah beliau telah menguasai ilmu geometri, kalkulus dan falsafah.

Semasa berada di sekolah menengah beliau mendapat surat dari Harvard yang memintanya menjadi tenaga pengajar, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.

Kripke dihadiahkan Schock Prize, Nobel Filosofi.Pada masa ini beliau dinobatkan sebagai ahli falsafah terkenal dalam sejarah


7. Michael Kevin Keaulus masuk universiti pada umur 10 tahun


Kaerny, lahir tahun 1984, ia menyelesaikan pelajaran di universiti pada umur 10 tahun dan tercatat sebagai pemegang ijazah termuda. Beliau mengajar di universiti pada usia 17 tahun.

Namanya semakin terkenal apabila beliau memenangi satu pertandingan kuisz online. Pada tahun 2006, dia masuk pertandingan akhir burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di pertandingan kenyataan online.



8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14


Seorang anak berwarganegara campuran Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 ia mendapat gelaran Grandmasternya, 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.

Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, beliau memperoleh Elo rating 2649, dalam usianya yang di bawah 18 tahun, membuatnya sebagai pencatat ranking terbanyak, dan menakjubkan, ini dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.


9. Willie Mosconi : Pemain Bilyard Professional pada usia 6 tahun


Mendapat jolokan “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain billiard. Beliau sering bermain dengan menggunakan batang penyapu ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, beliau sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.

Antara tahun 1941 dan 1957, beliau menang BCA World Championship selama 15 kali tanpakalah sekalipun. Beliau melakukan berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan menjadikan billiard sukan yang terkenal.


10. Elaina Smith : Penyampai radio berumur 7 tahun


Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyampai radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan pandangan tentang percintaan kepada para pendengarnya.








New Tariff for Electricity

For this entry, www.apakehei.blogspot.com would like to share on how the calculation was made... since the new electricity tariff rates will be in place effective from 1st June 2011, you will only get your TNB bills this month... 


Check it out here how the new rate give impact to us... TNBBUZZ



Now, its time for power saving... Any tips for power saving... share it here... :)

Wordless - TM Annexe


This picture taken on 25 August, 2010

Tuesday, June 14, 2011

Wordless - TM Annexe


This picture taken on 2nd December, 2011 from Menara TM Level 51

Kaki Ku Lebih Bersih Dari Muka Mu

Ini mungkin cerita rekaan yang saya terima dari seorang sahabat rakan blogger.Tetapi sangat baik untuk di jadikan teladan.Kisah berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju ke Kuala Lumpur.Kebanyakkan dari penumpang pesawat tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah.

Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup.

Pramugari: Pak cik tolong jangan basuh kaki dalam sinki.Sinki untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu.Bersopan lah sikit pak cik!

Pak cik: Baik puan, maafkan pak cik.Tapi boleh pak cik tanya sikit?

Pramugari: Apa dia?

Pak cik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?

Pramugari: Saya basuh muka tiap tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.

Pak Cik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?

Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.

Pak Cik : Puan, kalau begitu kaki pak cik ni lebih bersih dari muka puan.

Pramugari: Eh! pak cik jangan merepek!

Pak cik: Pak cik tak merepek tetapi ini kenyataan.Pak cik cuci kaki sekurang kurang nya 5 kali sehari sebelum solat.Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari.Jadi di antara kaki pak cik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis.Maka memang layak muka puan yang bernajis tu di basuh guna mangkuk tandas ini aje.

Pramugari: Tak terkata, malu,geram, lalu beredar.
Apa kah iktibar dari kisah ini? Saya serahkan kepada pembaca untuk menilai nya.

Wallhu’alam.

Wordless @ KLCC


This picture taken on 11 June, 2011.

Panglima Rom masuk islam dan mati syahid

The Battle of Yarmuk



Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah dicatatkan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam.


Peperangan itu membuktikan jumlah tentera yang ramai bukan senjata terkuat bagi mengalahkan musuh. Peperangan itu membuktikan keazaman, ketaqwaan dan semangat jitu untuk mempertahankan agama Allah menjadi penentu segala-galanya.

Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentera Rom kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang.

Panglima Islam terbilang, Khalid Al Walid dan Abu `Ubaidah memimpin pasukan Islam. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.

Di sebalik kemenangan itu, turut tercatat bagaimana Islam begitu menghormati hak musuh. Mereka yang ditawan tidak dilayan seperti musuh atau hamba, sebaliknya hak mereka tidak dicabul.

Pekerti yang ditunjukkan pemimpin dan pengikut Islam itu membuatkan musuh yang menentang Islam menerima agama Allah ini dengan hati reda. Islam jelasnya adalah agama keamanan.

Kisah itu dicatat dalam peristiwa seorang panglima Rom bernama George mendapat petunjuk kepada agama Islam.

Dalam peperangan Yarmuk, George dikisahkan memanggil Khalid Al-Walid. Kedua-dua panglima itu saling mara hingga kepala kuda mereka bersentuhan.

George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta.

“Jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”

Khalid menjawab: “Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan.”

George berkata: “Apakah Allah menurunkan kepada Rasulnya, Muhammad SAW satu pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu hingga jika kamu gunakan pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”

Jawab Khalid: “Tidak!”

George bertanya lagi: “Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?”

Khalid menjawab: “Ketika Allah mengutus Nabi Muhammad, seluruh kaumnya sangat memusuhinya, termasuk aku. Aku adalah orang yang paling membencinya.

“Selepas Allah memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah menerimaku dan memberi gelaran kepadaku `Saifullah’ (pedang Allah).”

George bertanya lagi: “Jadi apa tujuan kamu berperang?”

Jelas Khalid: “Kami ingin mengajak kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah.

“Kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar.”

George kemudian mengemukakan soalan kepada Khalid: “Apakah hukumannya apabila orang itu tidak mahu menerimanya?”

Balas Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”

George berkata: “Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?”

“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid.

George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”

Khalid menjawab: “Di hadapan Allah, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dulu atau yang kemudian masuk Islam.”

George bertanya lagi: “Apakah orang dulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru memeluk Islam?”

Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu kerana kami yang terlebih dulu masuk Islam, menerima Islam ketika Rasulullah masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada Baginda.

“Sedangkan, orang yang masuk Islam kemudian, tidak menyaksikan apa-apa yang kami saksikan.

“Oleh itu, sesiapa saja yang memeluk Islam yang datang terakhir, maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dulu.”

George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”

“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.

George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu. Mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku mengenai Islam.”

Lalu Khalid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.

Ketika Khalid dan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.

Selepas selesai mengerjakan solat, Khalid, George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sampai matahari terbenam. Pada saat itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zuhur dan Asar dengan isyarat saja.

Dalam pertempuran itu, George yang bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu syahid terbunuh.

Allahu a’lam bisshawab.