Pesta Sukan PERKESO kali ini melibatkan pejabat PERKESO di kawasan Selangor dan Lembah Klang sahaja yang diadakan pada 12 Febuary, 2011 yang lepas di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Tidak banyak acara yang dipertandingkan dan suasana pun tidak laa semeriah pesta sukan yang sepatutnya... Saya dan isteri pun lama berada disitu... Sebaik saja acara pembukaan perasmian tamat dan acara sukan bermula, kami pun beredar untuk bersarapan pagi di Kampung Baru, Kuala Lumpur... maklum laa... sesekali jer waktu weekend berada awal pagi di Kuala Lumpur... apa pun, gambar nie laaa yang sempat diambil semasa acara sukan kali ini...
Sempat lagi nak ambil gambar di depan pintu utama PULAPOL :)
mmm... Jangan tak tau pulak... kat PULAPOL pun ada meriam... tapi meriam nie tak leh nak menembak pun... sekadar hiasan semata-mata jer...
Padang PULAPOL...
Acara pagi, dimulakan dengan perbarisan kontigen yang menyertai acara sukan kali ini... mmm... tapi ada jugak yang cuma masuk perbarisan jer... mmm.... cuba teka :d
Tetiba boleh menang pulak tu kumpulan perbarisan terbaik... :d... entah laa pihak juri jemputan dari PDRM tuh rate macam mana...
Berlatar belakangkan bangunan KLCC, pesta sukan PERKESO pun bermula la acaranya untuk hari nie...
No comments:
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...