Ini mungkin cerita rekaan yang saya terima dari seorang sahabat rakan blogger.Tetapi sangat baik untuk di jadikan teladan.Kisah berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju ke Kuala Lumpur.Kebanyakkan dari penumpang pesawat tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah.
Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup.
Pramugari: Pak cik tolong jangan basuh kaki dalam sinki.Sinki untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu.Bersopan lah sikit pak cik!
Pak cik: Baik puan, maafkan pak cik.Tapi boleh pak cik tanya sikit?
Pramugari: Apa dia?
Pak cik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?
Pramugari: Saya basuh muka tiap tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.
Pak Cik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?
Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.
Pak Cik : Puan, kalau begitu kaki pak cik ni lebih bersih dari muka puan.
Pramugari: Eh! pak cik jangan merepek!
Pak cik: Pak cik tak merepek tetapi ini kenyataan.Pak cik cuci kaki sekurang kurang nya 5 kali sehari sebelum solat.Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari.Jadi di antara kaki pak cik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis.Maka memang layak muka puan yang bernajis tu di basuh guna mangkuk tandas ini aje.
Pramugari: Tak terkata, malu,geram, lalu beredar.
Apa kah iktibar dari kisah ini? Saya serahkan kepada pembaca untuk menilai nya.
Wallhu’alam.
No comments:
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...