Satu kisah yang di ceritakan. Semoga kita mendapat iktibar dari kisah ini.
Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di
ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada
isterinya.
“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan
mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat
memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh
dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang
kepergian saya, kamu harus setia kepada
saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Gambar ehsan Google.
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itu pun pergi. Dia jalan
berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang
memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya dan dia diterima. Oleh itu dia
membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila
saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau
menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari
saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang
saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja
selama dua puluh tahun tanpa cuti dan
tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata,
“Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.” Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah
membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu
pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua
wang kamu dan benarkan kamu pergi atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi
kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan
keputusanmu.”
Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa
dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.” Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan
kepada mu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”
Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan
pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana
keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau
kesakitan, kerana apabila kamu menyesal,
itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata
kepadanya, “Di sini ada tiga buku roti
untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah
untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh
dari rumah dan isterinya yang dia sangat
cintai. Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang
lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari
perjalanan jika saya terus berjalan. Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu
sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai
dalam masa 5 hari sahaja.” Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi
kemudian dia teringat nasihat yang
pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian
dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah
tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan
setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia
mendengar jeritan yang menakutkan. Dia
bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak
membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan
tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu
bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu
mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin
tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang
meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya
menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar,
dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar
sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu
sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya
dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya
tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang
lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka
berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan
mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di
luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan
esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam
hati, “Saya tidak akan bunuh isteri saya
dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima
saya semula. Tetapi sebelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya
bahawa selama ini saya tetap setia
kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka
pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang
gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya.
Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap
setia padamu tetapi kamu menghianati aku. Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati
kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabar menanti kamu selama dua puluh tahun.”
Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang
kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika
kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang
kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari
isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua
yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan
minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si
suami. Selepas doa kesyukuran, dia mematahkan
roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu
lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi
selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila
dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak
daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang
unik dan juga berkat kebendaan.
"RENUNGAN BUAT KITA YANG SEMAKIN TUA"
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» Yang boleh kita makan, makanlah;
» Yang boleh kita pakai, pakailah;
» Yang Ingin kita beli, belilah;
» Kalau masih mampu untuk memberi, berilah;
» Kalau masih mampu untuk berbagi-bagilah.
Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur.
Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka
berusaha. Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita
lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan
susah. Sekejap sahaja kita akan memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa
kurang. Jika membandingkan ke bawah, kita merasa lebih. Bila kita mampu merasa cukup
dan mensyukuri apa yang kita punya, kita akan pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkan ia
sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan ---
semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yang Baik,
sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal- hal yang tercela serta mengawal diri dari membuat kemungkaran. Jangan sombong, menghina dan menyakiti hati orang lain dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir
dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama
menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
Aku berdoa.. Ya اَللّهُ
:
Muliakanlah yang membaca pesan ini, lapangkanlah hatinya, bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas
lautan yang Engkau ciptakan. Permudahkanlah segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar,
dan mungkar; Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya dan Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
No comments:
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...